Berita Harian

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Indeks utama lepasi paras 1,750 susulan belian konsisten

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam, dengan indeks utama melepasi paras 1,750 susulan belian yang konsisten dalam kebanyakan saham wajaran tinggi, iaitu kewangan, perdaganga­n dan perkhidmat­an, serta saham berharga rendah, kata peniaga.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.47 mata untuk ditutup kepada 1,754.42 daripada 1,744.95 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka tinggi 5.65 mata kepada 1,750.60 dan bergerak antara 1,748.65 dan 1,756.27 sepanjang sesi dagangan. Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 513 berbanding 366, dengan 389 kaunter tidak berubah, 453 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 3.06 bilion unit bernilai RM2.41 bilion daripada 3.97 bilion unit bernilai RM2.48 bilion yang dicatatkan pada Isnin.

Peniaga berkata prestasi bursa tempatan juga sejajar dengan bursa serantau.

Dilaporkan bahawa kebimbanga­n terhadap keupayaan pentadbira­n Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk melaksanak­an janji kempen pilihan raya memberi laluan kepada harapan awal bagi dasar rangsangan beliau yang dirancang.

PETRONAS Dagangan yang meningkat RM1.06 kepada RM24.84 merupakan penyumbang utama kepada indeks komposit, diikuti Genting naik 25 sen kepada RM9.75.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok tiga sen kepada RM9.00, TNB naik empat sen kepada RM13.74, Public Bank tidak berubah pada RM19.92, bagaimanap­un Sime Darby susut enam sen kepada RM9.39.

Bagi saham aktif, Scomi menambah 2.5 sen kepada 20.5 sen, Dataprep naik lima sen kepada 60 sen manakala Olympia Industries meningkat satu sen kepada 15 sen.

Indeks FBM Emas naik 71.22 mata kepada 12,422.47, Indeks FBMT100 menambah 69.98 mata kepada 12,078.77 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 63.38 mata kepada 12,842.33.

FBM 70 melonjak 102.36 mata kepada 14,536.74 dan FBM Ace naik 68.94 mata kepada 5,756.65.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menokok 99.24 mata kepada 15,752.65, Indeks Perladanga­n meningkat 16.80 mata kepada 8,208.40 dan Indeks Perusahaan menokok 8.09 mata kepada 3,289.97.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 2.24 bilion unit bernilai RM2.27 bilion daripada 2.77 bilion unit bernilai RM2.30 bilion dicatatkan pada Isnin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 623.06 juta saham bernilai RM108.65 juta daripada 963.27 juta saham bernilai RM148.62 juta sebelum ini.

Waran merosot kepada 188.44 juta unit bernilai RM30.20 juta daripada 222.74 juta unit bernilai RM33.91 juta pada Isnin.

Barangan pengguna menyumbang 99.87 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (655.32 juta), pembinaan (120.47 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (780.45 juta), teknologi (210.16 juta), infrastruk­tur (16.13 juta), SPAC (453,000), kewangan (71.27 juta), hotel (2.55 juta), hartanah (266.31 juta), perladanga­n (17.15 juta), perlombong­an (10,000), REITS (6.21 juta), dan dana tertutup (12,100).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia