Berita Harian

Jeans serlah imej ranggi

-

Memakai seluar jeans dalam kalangan wanita antara persalinan lazimnya pada hujung minggu.

Walaupun hanya sepasang jeans, ia tetap memainkan peranan tertentu dalam menyerlahk­an lagi penggayaan harian. Malah, pemakaian jeans tidak lagi terhad kepada aktiviti santai dan kasual saja.

Cetusan penggayaan seluar itu dalam kalangan wanita juga membolehka­n ia dipadankan dengan, semua jenis bentuk badan wanita. Tidak kira sama ada anda berkaki pendek atau besar pada bahagian pinggul dan paha, ia bukan lagi alasan kurang berkeyakin­an untuk tampil bergaya dengan seluar jeans.

Teknologi rekaan hari ini turut membolehka­n sesiapa saja tanpa mengira bentuk badan untuk tampil bergaya dengan gaya disuaipada­nkan dengan persalinan itu.

Lima bentuk potongan

Bukan sahaja ia tahan lama, pemakaian jeans juga boleh dipelbagai­kan dengan padanan tertentu, sekali gus memberi nafas baharu kepada gaya harian anda.

Secara keseluruha­n, ada lima bentuk potongan seluar jeans iaitu potongan but, lurus, runcing dan ketat, seluar berkaki kembang dan boyfriend iaitu berpotonga­n maskulin.

Selain potongan, terdapat pelbagai jenis kemasan, warna, ton dan reka bentuk diterapkan mengikut cita rasa tersendiri.

Trend tahun ini

Tahun ini, buat individu yang mahu bergaya mengikut peredaran fesyen, pemilihan koleksi jeans bermotif sulaman mencetuska­n kelainan dalam pilihan cita rasa fesyen semasa.

Seakan menggabung­kan elemen ranggi dan feminin, sentuhan seluar jeans bersulam ternyata membuatkan penampilan bertambah menarik dengan adanya elemen perincian menarik serta berwarna warni.

Sarat dengan kemasan jahitan benang sulam, wanita boleh memilih sama ada untuk memilih motif ceria menerusi elemen kartun mahupun kekal feminin dengan penampilan flora dan fauna pada rekaan seluar mereka.

Paduan warna benang sulam dijahit rapi membentuk motif menggunaka­n rona ceria seperti merah, kuning, hijau dan biru turut menceriaka­n lagi pemakaian seluar itu yang selalunya polos dan kosong.

Pemilihan gaya

Selain sulaman, rekaan jeans ostrich flare juga amat sesuai buat mereka yang sukakan elemen dramatik. Pilihan lain ialah gandingan potongan seluar but dengan jahitan kain di bahagian depan kaki sebagai perincian tambahan.

Gaya ini juga menyerlahk­an penampilan luar biasa. Malah, penggayaan seluar seperti ini

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Koleksi jeans bermotif sulaman antara yang diminati dan menjadi trend terkini.
Koleksi jeans bermotif sulaman antara yang diminati dan menjadi trend terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia