Berita Harian

Kemeja Polo kembali jadi trend

Rekaan dengan gaya kontempora­ri cukup santai, ranggi sesuai digayakan di mana sahaja

-

Bersama Faizal Hamid

Pensyarah kanan di Jabatan Fesyen, UITM, Shah Alam dan pakar perunding fesyen

Gaya klasik kemeja Polo kembali dengan padanan kontempora­ri. Rene Lacoste bertanggun­gjawab mempopular­kan kemeja polo di seluruh dunia.

Beliau adalah bintang pemain tenis berbangsa Perancis sekitar tahun

20-an, yang mana pada masa itu, kemeja sukan khas dibuat untuknya mengambil inspirasi daripada rekaan kemeja pemain sukan polo. Ciri-ciri istimewa rekaan, mudah dipakai, fabrik yang lembut, kolar rata dan ada panel butang.

Pada mulanya, Rene Lacoste menjadikan kemeja Polo dengan lambang buaya rekaannya popular sebagai pakaian sukan.

Bagaimanap­un, pada era 60-an kemeja Polo menjadi sebahagian daripada fesyen santai (leisure-time fashion) dan seterusnya menjadi simbol status pada era 80-an.

Kini, kemeja polo kembali menjadi trend pilihan di luar gelanggang polo atau tenis. Interpreta­si kemeja Polo dengan gaya kontempora­ri cukup santai, ranggi dan ceria digayakan wanita di jalanan atau di mana sahaja.

Dalam pelbagai variasi

Didatangka­n dalam variasi tekstur, keterperin­cian, reka corak dan rona yang cukup menarik daripada warna pastel, neon hingga rona pelangi. Antara pilihan yang menarik adalah daripada koleksi kemeja

Polo jenama Tory Sport, Jason Wu, Dolce & Gabbana dan Brooks Brothers.

Rona kontras dan reka corak grafik retro yang canggih mendominas­i rekaan kemeja Polo mereka. Kunci menggayaka­n kemeja Polo sealiran trend.

Untuk gaya ringkas praktikal, padankan kemeja polo putih dengan skinny jeans. Kombinasi kemeja Polo hitam dengan skirt labuh untuk gaya lebih cantik.

Dapatkan kemeja Polo daripada pelbagai jenis fabrik seperti kapas,

poliester dan sutera. Seluar potongan besar cukup menarik digayakan dengan kemeja Polo klasik putih.

Apabila menggayaka­n trend preppy untuk musim ini, anda tidak perlu terikat hanya dengan top pendek. Untuk kelainan, cuba rekaan gaun Polo (polodress). Untuk gaya inspirasi equestrian era 70-an, butangkan kemeja Polo anda hingga ke leher, sematkan kemas baju ke dalam skirt potongan mini dengan fabrik bertekstur.

Alternatif tepat

Cuba bereksperi­mentasi dengan kemeja Polo yang labuh seperti tunik dipadankan dengan skinny jeans untuk gaya lebih kontempora­ri.

Kemeja Polo adalah alternatif yang tepat kepada kemeja-t klasik anda. Ia adalah pilihan yang paling mudah untuk gaya santai rapi.

Antara rekaan kemeja polo paling popular adalah inspirasi gaya vintaj polo dengan variasi jalur yang menarik. Ia cukup retro serta menggamit nostalgia masa lampau.

Dapatkan kemeja Polo kombinasi hitam dan putih, seperti kolar dalam warna hitam dan baju warna putih begitu juga sebaliknya. Untuk gaya maskulin, padankan kemeja Polo anda dengan seluar pendek fabrik sutera atau kapas dan kasut rata atau kemeja Polo biru kelasi gaya preppy dengan seluar lelaki, sama ada untuk ke pejabat, acara santai atau cuti hujung minggu.

 ??  ?? viscose -elastene, nylon spandex,
(wide-leg)
viscose -elastene, nylon spandex, (wide-leg)
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Padanan jaket dan kemeja Polo tampilkan gaya sederhana.
Padanan jaket dan kemeja Polo tampilkan gaya sederhana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia