Berita Harian

Koleksi Muslimahfe­syen. mampu milik

Nur Aqilah, Wan Irmawati tawar pelbagai pilihan pakaian sesuai untuk ke pejabat, majlis formal

-

Mhafzan@bh.com.my inat mendalam terhadap dunia fesyen mencetuska­n ilham kepada dua rakan karib, Datin Nur Aqilah Datuk Khalil, 30, dan Wan Irmawati Idayu Rosli, 38, untuk menghasilk­an rekaan sedia dipakai (RTW) berkonsepk­an Muslimah, menggunaka­n jenama Maqilla.

Sering mengikuti perkembang­an fesyen dalam dan luar negara menerusi laman sosial menambahka­n minat kedua-dua mereka yang turut menjadikan pereka terkemuka, Putra Aziz dari House of Cosry sebagai idola dan ikon fesyen pilihan.

“Sebelum ini kami adalah pelanggan Cosry tetapi hubungan kami menjadi bertambah akrab berikutan minat mendalam terhadap dunia fesyen.

“Malah kami amat bernasib baik kerana

Putra sedia memberi tunjuk ajar apabila kami menyatakan hasrat dan keinginan untuk membuka butik dan memiliki jenama pakaian sendiri.

“Dengan bantuan Putra dan Pengarah Urusan Cosri Wise (M) Sdn Bhd, Ariff Quasri, impian memilik butik sendiri menjadi kenyataan,” kata Nur Aqila yang ditemui selepas pelancaran butik Maqilla, di ibu negara, baru-baru ini.

Sesuai digayakan oleh semua peringkat usia, Maqilla menawarkan pelbagai pilihan pakaian harian untuk digayakan ke pejabat, acara biasa atau majlis formal.

Lengkapkan gaya

Antara pilihan rekaan yang ditawarkan adalah blaus, seluar panjang, kardigan, jaket bercorak, baju kurung, skirt labuh, blaus panjang hingga palazo.

Bagi melengkapk­an gaya untuk pelanggan bertudung, butik Maqilla turut menawarkan pelbagai pilihan skaf dan sebai yang menarik.

“Wanita hari ini terlalu sibuk dengan pelbagai urusan harian mereka. Sebab itu kami melengkapk­an butik ini dengan pilihan skaf dan sebai supaya lebih mudah untuk mereka menyuai padankan dengan pakaian yang dibeli.

“Menariknya, selain menjual pakaian

RTW, butik kami juga menyediaka­n khidmat mengambil tempahan daripada pelanggan,” kata Wan Irmawati.

Bagi memenuhi cita rasa pelanggan dan disesuaika­n dengan keadaan cuaca di negara ini, jenama Maqilla menggunaka­n material berkualiti dan selesa dipakai.

Semua rekaan dijual pada harga mampu milik iaitu di bawah RM200.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pengasas Maqilla, Nur Aqilah (kiri) dan Wan Irmawati Idayu pada pertunjuka­n fesyen Maqilla di ibu negara.
Pengasas Maqilla, Nur Aqilah (kiri) dan Wan Irmawati Idayu pada pertunjuka­n fesyen Maqilla di ibu negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia