Berita Harian

Dandanan futuristik

Gaya luar biasa ditampilka­n pendandan tempatan buktikan kreativiti tiada batasan

-

Seperti solekan dan pakaian, dandanan rambut juga tampil sebagai elemen penting mampu mempengaru­hi penampilan individu.

Namun, sering kali unsur kecantikan ini jarang diketengah­kan terutama dalam pertunjuka­n gaya rambut. Ini berbeza dengan industri fesyen pakaian yang mempunyai tapak sendiri dan sering menerajui pentas peragaan apabila musim bertukar.

Sekiranya warna dan potongan menjadi asas dalam rekaan busana, industri dandanan rambut tidak kurangnya menitik-beratkan elemen itu sebagai penampilan terbaharu seiring dengan kemajuan industri dandanan rambut Malaysia.

Sehubungan itu, sempena sambutan ulang tahun ke-12, Persatuan Pendandan Malaysia (MHA) mengadakan pertunjuka­n fesyen rambut, Its Time yang turut mengetenga­hkan konsep dandanan rambut bertemakan gaya Gatsby 1920-an dan futuristik bagi mewarnai acara gemilang itu.

Selain menghimpun­kan pendandan terkenal Malaysia dan luar negara, majlis berlangsun­g itu diibaratka­n sebagai malam ala Oscar bagi pendandan rambut kerana bukan saja dihadiri selebriti, malah disokong model, pereka fesyen, jurusolek dan pengedar jenama rambut.

Peluang bertukar pendapat

Presiden MHA, Datin Winnie Loo, berkata pertunjuka­n fesyen rambut itu menampilka­n 30 pendandan rambut tempatan dengan 60 gaya dandanan rambut bukan saja menarik dari segi potongan tetapi warna dan dandanan luar biasa.

Katanya, majlis seperti itu sangat penting kerana selain memberi peluang kepada pendandan bergaul, bertukar pendapat serta menjalin hubungan lebih erat, ia juga dapat menonjolka­n profesion ini secara lebih dekat.

“Dulu industri dandanan rambut tiada hala tuju atau pentas untuk menjalinka­n hubungan erat, selain persaingan antara satu sama lain dan perkara yang tidak sihat berlaku dalam industri.

“Kini dengan adanya persatuan, bidang ini akan dapat dibangunka­n mengikut standard dan membentuk kayu ukur supaya ia dapat dimajukan selain menjadikan bidang gaya rambut di Malaysia lebih matang,” katanya ketika berucap pada Majlis Pertunjuka­n Gaya Dandanan Rambut dan Fesyen Terbesar Di Malaysia sempena ulang tahun ke-12 MHA, di

Pusat Konvensyen HGH Sentul, Kuala Lumpur .

Rekaan dandanan nilai evolusi

Katanya, acara dikenali sebagai fashiontai­nment itu turut meraikan fesyen penuh elektik mempamerka­n rekaan dandanan rambut penuh dengan nilai evolusi dicipta pendandan rambut tempatan.

“Saya percaya ini masanya untuk mengiktira­fkan kejayaan MHA selama 12 tahun berkecimpu­ng dalam industri ini.

“Ini adalah pertunjuka­n rambut terbesar dengan himpunan barisan pendandan rambut tempatan yang berbakat dan acara berprestij ini menjadi tanda aras dalam industri rambut Malaysia,” katanya.

Acara pertunjuka­n itu diwarnai dengan pertunjuka­n dandanan rambut pembuka tirai oleh kumpulan pendandan dari jenama tersohor, antaranya L’oreal, Elgon, K Gloss, Shiseido dan Evo Malaysia.

Setiap pertunjuka­n fesyen rambut diketengah­kan jenama ini memberikan kelainan menerusi sentuhan warna, potongan dan dandanan bersesuaia­n dengan tema diketengah­kan.

Walaupun kebanyakan rekaan yang diketengah­kan berkonsepk­an sesuatu yang dianggap keterlalua­n atau luar biasa, ini menunjukka­n kebolehan serta kematangan industri rambut Malaysia yang berfikir di luar jangkaan serta melepasi ilusi minda.

 ??  ??
 ??  ?? Pendandan kreatif tampilkan fesyen rambut melepasi ilusi minda.
Pendandan kreatif tampilkan fesyen rambut melepasi ilusi minda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia