Berita Harian

Sentuhan moden Shinjuku

-

Industri fesyen yang semakin membangun sejak kebelakang­an ini, ibarat pengikat hubungan pelbagai budaya di dunia ini.

Seperti masyarakat Jepun, kini penggemar fesyen dari Negara Matahari Terbit itu mula menerapkan sentuhan budaya Barat.

Antara elemen fesyen menjadi ikutan dari negara itu adalah fesyen jalanan Jepun bercirikan sentuhan peribadi yang menyerlahk­an sifat individu.

Ramai pereka fesyen kini merujuk kepada gaya jalanan Jepun untuk trend terkini, lantas memberi inspirasi kepada budaya gaya jalanan di seluruh dunia agar menjadi lebih kreatif dan bernilai.

Malah, pengeluar dari Amerika Syarikat dan

Eropah melihat perkembang­an di Jepun untuk memahami inspirasi dan pengaruh yang wujud di pasaran Asia.

Butik pertama

Sehubungan itu, buat julung kalinya, gedung fesyen berkonsepk­an fesyen Jepun, COCO Concept Store melancarka­n pembukaan butik pertamanya di Malaysia, di AEON Mall Tebrau City, Johor, barubaru ini.

Memberikan konsep pilihan penggayaan dari Negara Matahari Terbit, gedung fesyen terbaharu itu mengetenga­hkan koleksi rekaan persalinan lebih kontempora­ri dan sederhana buat pengikut fesyen.

Ketua Pegawai Eksekutif, COCO, Nicholas Chong, berkata gedung itu diasaskan oleh sekumpulan pereka bertekad memperkena­lkan konsep fesyen lebih santai untuk lelaki dan wanita.

Katanya, COCO menawarkan koleksi rekaan pakaian bukan saja selesa, tetapi mudah disuai padan mengikut cita rasa tersendiri tanpa mengira usia.

“Keunikan COCO terletak pada gaya kasual, tetapi mengikut aliran fesyen dengan sentuhan moden Shinjuku bermaksud serba guna.

“Koleksi diketengah­kan juga mudah untuk dipadan dengan busana fesyen, selain menitikber­atkan elemen keselesaan sepanjang pemakaian untuk pelbagai acara,” katanya.

Aksesori gaya hidup

Beliau berkata, gedung itu turut bakal memperkena­lkan rangkaian koleksi busana jalanan Jepun dengan aksesori gaya hidup.

Katanya, pakaian kerja tahan lasak dan baju sukan berinspira­sikan Harajuku turut bakal memeriahka­n lagi koleksi sedia ada. Pakaian selesa dan

 ??  ?? mudah disuai padan.
mudah disuai padan.
 ??  ?? Chong (dua dari kiri) bersama model yang memperagak­an koleksi fesyen COCO.
Chong (dua dari kiri) bersama model yang memperagak­an koleksi fesyen COCO.
 ??  ?? Butik COCO Concept Store kini dibuka di Johor.
Butik COCO Concept Store kini dibuka di Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia