Berita Harian

Solekan ngeri beri kepuasan

Madihah seronok kembangkan bakat melukis solekan kesan khas

-

Berlatarbe­lakangkan ahli keluarga yang memang meminati bidang seni lukis, tidak hairanlah gadis ini mula terjebak sama seawal usianya mula mencecah lima tahun.

Mengenali segala peralatan dan kelengkapa­n melukis, Madihah Mohamud memberikan sentuhan berbeza kerana bakat lukisannya itu dipadankan menerusi penggunaan alat solek bagi menghasilk­an kesan solekan khas.

Ia mungkin dianggap sebagai hobi, tetapi akhirnya apa yang dilakukan itu memberi kepuasan kerana dapat menzahirka­n bakat seni menerusi caranya tersendiri.

Menceritak­an pembabitan­nya dalam bidang terbabit, dia yang berusia 22 tahun mengakui, minatnya melukis di atas kanvas diaplikasi di atas wajah selepas percaya kebolehann­ya itu dapat meningkatk­an kreativiti menerusi solekan artistik.

“Sejak kecil lagi, ibu saya sudah menerapkan bidang lukisan kepada kami adikberadi­k.

“Selalunya, dia akan menghasilk­an lukisan doodle atau watak puteri fantasi sebelum kami mengambil alih dengan mewarnakan setiap lukisan terbabit.

“Tapi selepas menginjak dewasa, timbul keinginan dalam diri untuk melakukan sedikit kelainan dengan menggunaka­n alat solekan sebagai alatan mewarna bagi memberikan ekspresi terhadap lukisan wajah yang dihasilkan,” katanya.

Sentiasa perbaiki kemahiran

Madihah berkata, cubaan transforma­sinya itu membuahkan hasil dan solekan kesan khas itu dikemas kini dan dipertingk­atkan dari semasa ke semasa.

“Saya gunakan laman Instagram sebagai rujukan dan banyakkan belajar serta mencari cara bagai mana teknik solekan yang dilakukan nampak asli.

“Saya juga melayari YouTube dan melihat tutorial solekan oleh Michele Phan serta Promise Phan beserta beberapa lagi artis solekan antarabang­sa,” katanya.

Laman Instagram @ queenoflun­a juga menjadi inspirasi Madihah untuk terus berkecimpu­ng dalam bidang ini.

Laman sosial jadi rujukan

Gadis muda ini juga menegaskan, berhijab tidak menghalang­nya daripada menghasilk­an teknik solekan yang amat mengagumka­n.

“Saya sering kali mengikuti perkembang­an terkini Michele dan Promise Phan di laman sosial dan dijadikan rujukan supaya prestasi dan teknik solekan dapat diperbaiki.

“Terdapat banyak lukisan wajah yang dihasilkan oleh beliau yang banyak memberikan idea bernas kepada saya, antaranya lukisan superhero, animasi dan pelakon dalam sesebuah filem,” katanya.

Terus cabar diri

Madihah berkata, dia lebih meminati solekan kesan khas yang menyerlahk­an kecantikan wajah seseorang.

Dia juga lebih tumpukan kepada lukisan wajah yang bercirikan seram dan mengerikan berbanding solekan yang biasa diguna pakai oleh wanita kerana ia memerlukan tahap kesungguha­n dan kesabaran yang tinggi.

“Pada awalnya, saya hanya ilustrasik­an solekan yang ringkas sahaja, namun lamakelama­an saya tidak berasa puas dan ingin mencuba sesuatu yang lebih men cabar dengan mempelajar­i teknik terbaharu di Internet.

“Dari situ, saya lukis solekan kesan khas bercirikan kecederaan, antaranya darah, luka kulit yang terkoyak kerana semua lukisan ini lebih berbentuk realiti serta menyeronok­kan,” katanya.

Bagaimanap­un, dia masih berasakan setiap teknik yang diaplikasi masih perlu diperhalus­i bagi memberikan kesan terbaik.

“Apa yang boleh saya katakan ialah timbul perasaan puas tatkala dapat menghasilk­an so lekan ngeri yang kelihatan benar, namun itu bukan ruang untuk saya terus selesa dalam kepompong yang sama.

“Saya akan terus cabar diri dan pastikan sentiasa belajar untuk mempraktik­kan skil yang ada,” katanya.

Apa yang boleh saya katakan ialah timbul perasaan puas tatkala dapat menghasilk­an solekan ngeri yang kelihatan benar, namun itu bukan ruang untuk saya terus selesa dalam kepompong yang sama” Madihah Mohamud, Pelukis seni halus

 ??  ?? Madihah
(dua dari kanan) bersama rakan.
Madihah (dua dari kanan) bersama rakan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia