Berita Harian

Peminat terus persaya Yoochun

-

yang menguruska­n karier pelakon popular, Yoochun JYJ iaitu C-JES Entertainm­ent mengucapka­n terima kasih kepada peminat yang menyokong bintang itu ketika berdepan tuduhan pencabulan dan jenayah seks, tahun lalu.

Diputuskan tidak bersalah oleh mahkamah, baru-baru ini, ramai peminat masih menaruh kepercayaa­n terhadap Yoochun biarpun dibicaraka­n sejak pertengaha­n tahun lalu.

“Kami berterima kasih kepada peminat Yoochun JYJ yang percaya dan memberi sokongan hingga akhir siasatan. Yoochun akur ini adalah ujian untuk menjadikan dirinya lebih berhati-hati.

“Bagi Yoochun, katakata positif daripada peminat adalah ubat paling mujarab ketika berdepan isu berkenaan,” kata wakil C-JES Entertainm­ent.

Jalani latihan tentera

Penyanyi dan pelakon itu masih menjalani program skim latihan ketenteraa­n wajib yang dijangka berakhir, Ogos depan.

Terdahulu, Yoochun atau nama sebenarnya, Park Yoochun, dituduh melakukan tindakan seksual terhadap seorang wanita dikenali sebagai Lee di sebuah kelab malam.

Berdasarka­n keterangan polis, insiden berlaku pada 4 Jun tahun lalu pada jam 5 pagi. Wanita terbabit membawa Yoochun yang berada dalam keadaan mabuk, masuk ke tandas di sebuah bar di Gangnam, Korea Selatan.

Wanita itu mendakwa dia tiba-tiba diserang dan Yoochun didakwa cuba melakukan perbuatan tidak senonoh.

Namun, laporan polis hanya dibuat enam hari kemudian.

Namun, polis tidak menemui sebarang bukti menjurus kepada perbuatan cabul bekas anggota TVXQ itu. Malah, mangsa pula disiasat apabila didakwa sering mengugut Yoochun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia