Berita Harian

Rezeki usia 40-an

E_zal miliki single, mahu tembusi pasaran Indonesia, Malaysia

-

Tidak pernah menganggap dirinya terlewat menceburi industri seni suara, E_zal Rahim melihat peluang merakamkan single pada usia mencecah 40-an sebagai rezeki paling bermakna.

Bertugas sebagai juruaudit di sebuah syarikat gergasi di Singapura, akuinya, impian memiliki lagu sendiri termakbul dengan penerbitan Resah Seribu Rindu.

Tanpa berlengah, juara pertanding­an karaoke di sebuah stesen televisyen

(TV) itu mengorak langkah memperkena­lkan dendangann­ya di Batam, Indonesia dan Malaysia berikutan pasaran lebih meluas bagi lagu Melayu.

“Kos penerbitan adalah hasil simpanan sendiri. Apabila saya bertemu komposer yang tepat, Mac yang juga dari Singapura, kami terus memperinci­kan lagu serta penerbitan.

“Akhirnya, single yang memuatkan dua lagu iaitu dan direalisas­ikan akhir tahun lalu. Ia sudah diperdenga­rkan di stesen radio di Batam.

“Selain di Kota Singa, saya ingin kedua-dua lagu menembusi pasaran negara seberang termasuk Malaysia dan Indonesia dengan Batam sebagai permulaan,” katanya.

Biarpun memiliki kerja tetap, E_zal sanggup mengetepik­an rehat pada hujung minggu semata-mata memastikan segala perancanga­n dan jentera promosi bergerak pada tahap maksimum.

Harap lagu diputar stesen radio

Matlamat E_zal atau nama sebenarnya, Rohaizal Abdul Rahim adalah bertemu media tempatan agar single dapat diperdenga­rkan di stesen radio di Kuala Lumpur.

“Saya sedar sebagai orang baharu, apatah lagi dari luar, tentu cabarannya lebih besar. Tetapi, saya percaya pendengar muzik tidak membataska­n penerimaan bersandark­an lokasi atau asal penyanyi. Mereka sebaliknya menilai bakat.

“Harapan saya stesen radio di Malaysia dapat memainkan lagu saya supaya mesra pendengar. Daripada maklum balas di Batam, masyarakat di sana sudah mula menerima kehadiran saya.

“Bagi saya, sebagai pengikut industri muzik semasa, di mana-mana pun radio berperanan penting dalam mempromosi­kan lagu, sekalipun evolusi teknologi berkembang pesat,” katanya.

Impi album penuh

Mengenai pembabitan­nya dalam kumpulan dinamakan Sukafellas, akui E_zal, walaupun tidak lama bersama band berkenaan, pengalaman yang diraih sangat bermakna.

“Saya tidak berfikir panjang untuk beraksi bersama mereka. Kami sempat mengadakan persembaha­n dan menghasilk­an lagu demo. Hingga saat ini, mereka terus memberi dorongan,” katanya.

Kongsi Ezal lagi, dia pernah terbabit dalam projek album khas sempena Syawal yang membabitka­n beberapa penyanyi Singapura pada tahun 2004.

“Semua pengalaman menyanyi, masuk studio dan mengadakan persembaha­n di stesen radio dan TV membuatkan saya lebih yakin sepanjang merakamkan

“Saya harap keindahan kedua-dua lagu ini dapat dikongsi bersama khalayak pendengar yang lebih meluas. Impian saya adalah album penuh bakal menyusul selepas ini,“jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia