Berita Harian

Dimensi baharu karaoke, lawak dalam radio

Segmen Super Karoks dan Lawak Vaganza Kool, Hot FM cetus kelainan dalam penyiaran

-

Sering kali, radio dilihat sebagai medium bagi menghilang­kan kebosanan. Kononnya, menerusi lagu yang diputarkan, terhibur jugalah si pendengar.

Bagi mengubah tanggapan pendengar yang memandang radio sebagai sebuah stesen bersifat tradisiona­l dalam bidang penyiaran, masing-masing Kool FM dan Hot FM menampilka­n pelbagai segmen bagi menyuntik kelainan.

Masih mengekalka­n konsep penyebaran informasi dan menghidang­kan hiburan menerusi seleksi lagu menarik dan terkini, segmen dikenali sebagai Super Karoks dan Lawak Vaganza diharap menyuntik pembaharua­n dalam bidang penyiaran radio.

Pengisian segmen Super Karoks, yang memasuki musim kedua itu dianggap Ketua Program Kool FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood, sebagai platform untuk mengetenga­hkan lagi bakat penyanyi sedia ada. Cuma, keupayaan mereka diserlahka­n kepada pendengar melalui nyanyian duet secara langsung.

“Pembaharua­n yang kita lakukan pula adalah dari segi barisan peserta dan juga produksi, yang nyata berbeza daripada musim pertama. Kandungann­ya masih sama, cuma tahun lalu kita lebih fokus kepada vokal dan kekuatan peserta.

Hanya di radio

“Bagi musim kedua ini kita turut melihat kepada beberapa kelebihan lain yang mereka miliki. Ada peserta yang melakukan persembaha­n seperti video muzik. Kita melihat semua itu sebagai kreativiti dan kualiti persembaha­n mereka,” katanya.

Maklum balas positif yang diterima daripada pendengar pada musim lalu nyata memberikan keyakinan buat stesen terbabit untuk menerbitka­n semula segmen berkenaan. Seperti musim lalu, ia tetap hanya dapat didengar menerusi radio.

Belum terlintas untuk membawakan segmen terbabit ke kaca TV, Nik Nor Azura menganggap program sebegitu mencetuska­n kelainan dalam mengubah persepsi pendengar yang menganggap radio sebagai medium hiburan tradisiona­l.

“Pada musim kedua ini, pertanding­an Super Karoks masih menyaksika­n lagu dipilih oleh artis dan produksi program itu sendiri. Tetapi, ada juga lagu yang dipilih oleh media untuk mereka sampaikan dalam segmen berkenaan.

“Jika diizinkan dan kalau ada peluang, selain menerima maklum balas baik daripada pendengar, mungkin satu hari nanti kita akan siarkan secara langsung di TV pula,” katanya.

Serlah dunia komedi

Sama seperti Super Karoks, Lawak Vaganza turut dianggap oleh Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali, sebagai medan menaikkan bidang komedi dan mengetenga­hkan pelawak masa kini menerusi platform radio.

“Pendekatan yang kita gunakan ini bagi memberi perubahan atau menyuntik dimensi baharu kepada penyiaran radio. Selama ini, orang ramai mungkin melihat radio sebagai hidangan halwa telinga semata-mata.

“Apa yang kita cuba sajikan ini bertujuan membolehka­n orang ramai menikmati radio

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia