Berita Harian

Formula menjadi

Tiga wajah bukan komersial tarikan drama Misteri Wan Peah kian diminati ramai

-

Berubah 360 darjah. Mungkin itu analogi yang sesuai digunakan bagi merujuk populariti dikecapi tiga bekas peserta program realiti lawak, Bintang Mencari Bintang (BMB) iaitu Zee, Acap dan Faiz.

Digandingk­an dalam apa yang disifatkan tindakan berani mempertaru­hkan wajah bukan komersial oleh produksi JS Pictures, tiga sahabat ini ‘meledak’ dalam drama Misteri Wan Peah

yang disiarkan slot drama bersiri seram, Seramedi di TV3 sejak 13 Februari lalu.

Biarpun tidak memiliki pengikut yang ramai di laman sosial, formula yang digarap produksi Sheila Rusly dan Jinggo ini ‘menjadi’ hingga keserasian Zee, Acap dan Faiz dalam drama

Misteri Wan Peah pantas mengumpan penonton.

Ternyata, trio ini menyerlah dengan watak masing-masing iaitu Acap menghidupk­an karakter Yeh Kumbang; Zee (Lie Kelubi) dan Faiz (Ghani Gagap). Tambah menarik, selepas drama bersiri ini viral, ramai pengusaha produk mahu menjadikan nama drama dan watak sebagai jenama barangan keluaran mereka.

Memberitah­u HIP, Zee mengaku, dia dan dua teman makin dikenali selepas muncul dalam drama Misteri Wan Peah.

Cari peluang kukuh nama

“Ada pihak tertarik mahu mengambil nama watak kami sebagai jenama produk. Memang, kalau ada usaha ke arah menjenamak­an drama Misteri Wan Peah, kami amat alu-alukan.

“Jika ada pihak yang sanggup beri kepercayaa­n, kami sedia berunding. Malah, baru-baru ini, kami didatangi pengusaha produk ikan masin yang meletakkan nama Yeh Kumbang dalam keluaran mereka.

“Andai rancangan itu menjadi, kami berbesar hati mempromosi­kannya,” katanya mewakili dua temannya yang lain.

Zee berkata, dia bersama Acap dan Faiz perlu bijak mencari peluang untuk terus mengukuhka­n nama dalam persada seni.

“Kesempatan diberi produksi drama ini bagai memberi hikmah tersendiri ketika kami bergelut membuktika­n bakat yang ada,” katanya.

Sebelum ini, Zee atau nama sebenarnya, Mohamad Zaharudin Zainal Abidin,

26, menubuhkan kumpulan Tokan bersama Acap ketika menyertai musim kedua pertanding­an BMB pada 2014.

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ??
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia