Berita Harian

Bersyukur diberi peluang

-

Rakan seperjuang­an Zee, Acap atau nama penuhnya, Muhammad Ashraf Jamaludin, 29, menyifatka­n tawaran JS Pictures membintang­i Misteri Wan Peah bagai rezeki terpijak buat mereka.

“Peluang diberi Kak

Sheila dan Abang Jinggo amat kami hargai. Ketika drama ini disiarkan, peminat lebih mengenali kami. Impaknya cukup besar.

“Kami tahu peluang yang datang ini cukup istimewa. Ramai yang mahukan tawaran seperti ini namun belum berpeluang.

“Saya, Zee dan Faiz tidak sangka dengan pengaruh kami yang tidak sebesar mana, JS Pictures masih membuka jalan,” katanya.

Akui Acap, mereka pernah berasa terpinggir ketika mula terbabit dalam dunia seni.

“Mengapa tidak, ketika itu, peluang lebih terbuka kepada pemenang BMB.

“Tipulah kalau kami tak ada rasa terpinggir. Tapi kami percaya, perjalanan ke arah kejayaan bukanlah senang. Pasti ada cabaran.

“Kami anggap semua itu kekuatan untuk terus mencipta nama. Kami lihat kesusahan itu daripada sudut yang positif. Akhirnya kami bersyukur dengan semua yang mula dikecapi sekarang,” katanya.

Acap menyedari masih ada teman seperjuang­an yang memiliki rupa dan bakat masih tercaricar­i peluang.

“Ada lagi kawan daripada pertanding­an realiti belum ada platform untuk ditembusi. Sebaliknya, kami menerima peluang diberi dengan lapang dada.

“Hari ini hari kami, esok lusa hari kawan kami yang lain pula,” katanya.

Anggap diri pelakon, bukan pelawak

Mendekati Faiz atau nama penuhnya, Khairul Faiz Sulaiman, 26, yang digilap bakatnya melalui kumpulan Tapaw pada musim pertama BMB, jejaka ini ada definisi tersendiri terhadap status pelawak.

“Saya tak berani hendak mengkatego­rikan diri kami sebagai pelawak.

Kami lebih menganggap kami adalah pelakon yang menerima apa saja watak yang diamanahka­n.

“Tapi kami memang antara pelawak yang dilahirkan daripada pertanding­an BMB secara khususnya. Peluang beraksi dalam drama Misteri Wan Peah menjadi pembakar semangat untuk bekerja lebih kuat.

“Persaingan hari ini bukan kecil anak,” katanya.

Drama Misteri Wan

disiarkan setiap Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam. Episod terakhir akan disiarkan Rabu ini. Drama ini berkisar kisah benar di sebuah kampung dengan watak sama.

 ??  ?? Peah
Peah
 ??  ?? Antara babak drama bersiri Misteri Wan Peah.
Antara babak drama bersiri Misteri Wan Peah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia