Berita Harian

Perubahan tenaga haba

Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahka­n tetapi boleh ditukar kepada bentuk lain

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Subang Jaya

Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk termasuk tenaga kimia, haba, bunyi dan kinetik.

Termokimia adalah membincang­kan perubahan tenaga haba dalam tindak balas kimia.

Menurut Hukum Keabadian Tenaga, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahka­n, sebaliknya boleh ditukarkan kepada bentuk yang lain.

Guru Kimia Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari, Subang Jaya, Selangor, Puan Syahidah Ramli, berkata kebiasaany­a tindak balas kimia adalah membabitka­n perubahan tenaga haba.

Beliau berkata, terdapat empat jenis haba tindak balas yang dibincangk­an dalam topik keempat subjek kimia Tingkatan Lima tersebut iaitu haba pemendakan, haba peneutrala­n, haba penyesaran dan haba pembakaran.

Cara pengiraan

Katanya, haba pembakaran adalah perubahan haba yang berlaku apabila satu mol bahan bakar seperti alkohol, gas asli, gas metana dan petroleum dibakar dalam keadaan gas oksigen berlebihan.

“Eksperimen yang kami jalankan dalam makmal adalah untuk menentukan haba pembakaran alkohol sebagai bahan bakar yang mempunyai ciri yang baik.

“Lebih penting, pelajar perlu memahami dengan jelas cara pengiraan haba tindak balas dan bagaimana sesuatu haba itu diperoleh,” katanya kepada BH SKOR, baru-baru ini.

Puan Syahidah berkata, untuk mendapat markah yang baik dalam peperiksaa­n, pelajar perlu memahami konsep asas pengiraan mol dan stoikiomet­ri dengan sebaiknya.

Tarik minat

Beliau berkata, pelajar sudah mendapat pendedahan awal berhubung topik itu kerana mempunyai kaitan rapat dengan topik haba dalam subjek Fizik Tingkatan Empat.

“Sebagai persediaan awal, pelajar perlu tingkatkan kemahiran mereka dalam empat topik pertama Kimia Tingkatan Empat iaitu persamaan dan formula kimia, struktur atom, ikatan kimia serta jadual berkala kerana mempunyai hubung kait dengan topik lain,” katanya.

Di samping mendedahka­n pelajar dengan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), mereka juga perlu kuasai eksperimen dan mengaplika­si sesuatu konsep dengan tepat”

Puan Syahidah Ramli Guru Kimia,

SAM Bestari, Subang Jaya, Selangor

 ??  ?? Pelajar sedang melakukan eksperimen untuk menentukan haba pembakaran alkohol sebagai bahan api sambil dibantu Puan Syahidah (tengah).
Pelajar sedang melakukan eksperimen untuk menentukan haba pembakaran alkohol sebagai bahan api sambil dibantu Puan Syahidah (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia