Berita Harian

Krim Plecnicus elak nyamuk

Penggunaan herba bangun-bangun sesuai, murah dan mudah diperoleh

- Oleh Sarah Aina Shawal

l Kuala Lumpur

PV Lavanyaa Naiidu, Anisha Kannan, Ashani Kannan dan Vivien Lim Zhi Ling itu dikatakan mampu menghalang nyamuk daripada menggigit bahagian badan manusia kerana kandungann­ya berupaya bertindak balas ke atas serangga berkenaan. Guru Penasihat Kelab Robotik dan Inovasi SMK

Ulu Tiram, Encik Ahmad Firdaus Abd Hadi, berkata dengan menyapu krim itu pada badan, nyamuk akan menghindar­kan diri sekali gus mengelak penggunany­a daripada berdepan risiko digigit serangga berkenaan.

Mudah diperoleh

Beliau berkata, walaupun nyamuk adalah kecil, orang ramai tidak boleh mengambil mudah risiko digigit haiwan berkenaan kerana virus atau penyakit bawaannya mampu menjejaska­n kesihatan dan menyebabka­n kematian.

Setakat ini, nyamuk dikenal pasti menjadi vektor kepada penyebaran penyakit berbahaya seperti denggi, malaria, filariasis, encephalit­is, chikunguny­a demam kuning dan zika kepada manusia.

"Penyelidik­an yang dijalankan sebelum ini mendapati tumbuhan herba Plectranth­us amboinicus atau dikenali sebagai bangun-bangun adalah herba yang sesuai, murah dan mudah diperoleh," katanya kepada BH SKOR, baru-baru ini.

Ujian perbanding­an

Encik Ahmad Firdaus berkata, pihaknya mendapati herba berkenaan paling berkesan untuk dijadikan bahan kajian selepas melakukan ujian perbanding­an dengan daun semambu, pudina, basil dan neem.

Beliau berkata, hasilnya, anggota badan yang disapu dengan ekstrak daun bangun-bangun langsung tidak digigit nyamuk manakala ekstrak tumbuhan itu mampu mematikan larva nyamuk dalam tempoh tertentu.

"Kami dapati ekstrak bangun-bangun mampu membunuh larva nyamuk dan menghalang nyamuk dewasa daripada bertelur di dalam air sekali gus dapat mengurangk­an pembiakan serangga berkenaan," katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia