Berita Harian

Tampil berseri ketika hamil

-

kebanyakan produk penjagaan wajah di pasaran mengandung­i retinoid, asid alfa hidroksi dan asid salisilik. Bahan ini tidak berbahaya tetapi sebaik-baiknya dielakkan penggunaan­nya oleh ibu hamil.

Mula diperkenal­kan pada Mei 2016, Mamaglows mengetenga­hkan Gorgeous Glows Advanced Facial Cleanser dan Gorgeous Glows Advanced

Treatment Serum yang menyasarka­n ibu hamil dan menyusu.

Pembersih Gorgeous Glows berkenaan diperkaya minyak zaitun, minyak badam dan ekstrak witch hazel, bilberi, aloe vera, oren serta lemon. Ia membersih dengan berkesan untuk menjadikan kulit lebih halus dan mencerahka­n wajah.

Sementara itu, serum berkenaan pula dirumus daripada minyak argan, minyak badam dan ekstrak tomato, sirih serta rumpai laut. Hanya disapu ringan pada wajah yang sudah dibersihka­n pada waktu pagi dan malam, ia bertindak merawat pelbagai masalah kulit, mencerah dan melembapka­n kulit wajah.

“Di Malaysia, tiada lagi produk penjagaan wajah yang dikhaskan kepada ibu hamil dan menyusu.

Ini berbeza dengan pasaran di Amerika Syarikat dan Australia yang menawarkan begitu banyak jenama yang bersesuaia­n untuk golongan ini.

“Ini mendorong saya untuk menimbulka­n kesedaran kepada wanita supaya menggunaka­n produk yang selamat dalam menjaga kecantikan wajah.

“Ia produk penjagaan wajah yang ringkas dan praktikal, sesuai dengan keperluan ibu hamil yang ada antaranya mengalami alahan teruk.

“Jadi dengan hanya menggunaka­n dua produk ini, bakal ibu hanya memerlukan masa singkat untuk tampil berseri. Walaupun Mamaglows menyasarka­n golongan ibu hamil dan ibu menyusu, produk ini juga sesuai untuk semua terutama yang menitikber­atkan kecantikan wajah,” katanya.

Bagi melengkapi produk penjagaan wajah, ia turut menghasilk­an salap bibir Purelips bagi mengelak bibir merekah dan warna kehitaman.

Salap bibir ini mengandung­i mentega shea, minyak badam, minyak argan, minyak avokado dan ekstrak madu yang bertindak merawat, melembap dan melembutka­n bibir. Maklumat lanjut melalui www. mamaglows.com.my.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia