Berita Harian

Malaysia terus jadi tumpuan pelaburan syarikat Perancis -

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat 6.3 peratus tahun lalu

- Oleh Azrone Sarabatin dan Nurhayati Abllah

Lebih banyak syarikat dari Perancis dijangka menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan berikutan keyakinan mereka terhadap kecekapan pentadbira­n negara ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata setakat ini 270 syarikat Perancis melabur di negara ini, manakala jumlah dagangan antara keduadua negara meningkat 6.3 peratus kepada RM15.23 bilion tahun lalu.

“Malaysia sudah menjalin hubungan perdaganga­n kukuh sejak sekian lama dengan Peran cis menerusi pelaburan berterusan yang meliputi pelbagai sektor.

Kuasa ekonomi besar

“Pelaburan berkenaan meliputi beberapa sektor termasuk pembuatan, perkhidmat­an dan kewangan,” katanya pada sidang media selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) antara syarikat Malaysia dan Perancis di Kuala Lumpur, semalam.

Mustapa berkata, Perancis adalah antara negara yang mempunyai pelaburan besar di Malaysia dan kuasa ekonomi besar dunia.

Katanya, kerjasama seumpama itu akan meningkatk­an profil Malaysia, seterusnya di harap memperkuku­hkan hubungan perdaganga­n antara kedua negara.

“Eropah juga mengakui Malaysia adalah pusat pertumbuha­n ekonomi yang pesat di Asia dan atas dasar itu, ia memerlukan hubungan yang lebih mendalam dengan rantau ini,” katanya.

Beliau menambah, kekerapan lawatan negara lain ke Malaysia juga mencermink­an keyakinan syarikat asing terhadap negara ini, sekali gus dijangka dapat meningkatk­an pelaburan asing ke Malaysia.

“Barubaru ini, kita menerima lawatan daripada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma serta Raja Salman Abdulaziz Al Saud dari Arab Saudi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia