Berita Harian

TNBR bantu PKS komersial teknologi

Jalin kerjasama dengan SME Corp pastikan penggiat industri dapat bantuan sewajarnya

- Oleh Fahmy Azril Rosli fahmy.azril@bh.com.my

TNBR QATS Hot House 2017 adalah inisiatif Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bukan sahaja terhad untuk sesi padanan perniagaan, tetapi juga platform menyebar maklumat serta mempamer produk dan

perkhidmat­an dihasilkan TNB Research Sdn Bhd (TNBR) dan anak syarikat TNB yang lain.

Program julung kali anjuran TNBR yang juga anak syarikat TNB itu juga bertujuan mengikis tanggapan bahawa syarikat utiliti negara itu serta anak syarikatny­a hanya menyediaka­n perkhidmat­an berkaitan pembekalan tenaga sematamata.

Pengarah Urusan TNBR, Ir Dr Zainul Asri Mamat, berkata pelbagai inovasi dihasilkan TNB menerusi anak syarikatny­a, antara lain memberi tumpuan kepada aspek penyelesai­an isu dan masalah membabitka­n alam sekitar.

Sediakan hak harta intelik

“TNB membuat pelaburan besar dalam penyelidik­an. Pada sesi TNBR QATS Hot House 2017, 12 produk dipamerkan, antaranya bot pengutip sampah, pengalih sampah dan sistem pemisah sampah.

“Menyedari nilai dan manfaat mengkomers­ilkan teknologi dan inovasi, TNB menyediaka­n hak harta intelek, manakala penggiat industri pula menggunaka­n kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang pemasaran untuk mengkomers­ialkan hasil inovasi TNB.

“Menerusi usaha sama ini, akan wujud sinergi dan situasi menangmena­ng bagi kedua-dua pihak,” katanya pada pelancaran program TNBR QATS Hot House 2017, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, TNBR bekerjasam­a dengan SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) bagi memastikan penggiat industri, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mahu mengkomers­ialkan hasil inovasi mendapat bantuan sewajarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Dr Hafsah Hashim yang turut hadir pada program itu, berkata pihak yang berminat mengkomers­ialkan produk inovasi akan dibantu menerusi Program Berimpak Tinggi 2 (HIP2) diwujudkan SME Corp.

Bantuan teknikal

Katanya, HIP2 meliputi akses kepada bantuan teknikal, risikan pasaran, kemudahan inkubasi, pemantauan, bimbingan, mentor perniagaan, nasihat undang-undang, strategi dan pasaran serta perniagaan harta intelek.

“Model pengkomers­ialan inovatif ini akan mengurangk­an risiko untuk PKS membangunk­an produk serta perkhidmat­an dengan kos lebih rendah dan berada di pasaran dengan lebih cepat.

“Produk yang baik dengan bantuan dana secukupnya tidak memadai jika masih kurang kesedaran mengenai harta intelek (IP). Hak IP itu penting dalam perniagaan untuk mengkomers­ilkan produk atau perkhidmat­an,” katanya.

Pelbagai inovasi dihasilkan TNB menerusi anak syarikatny­a, antara lain memberi tumpuan aspek penyelesai­an isu alam sekitar” Ir Dr Zainul Asri Mamat, Pengarah Urusan TNBR

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Hafsah (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia, Datuk Mark Rozario (dua dari kanan) melawat pameran Hot House 2017 di Kajang, baru-baru ini.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Hafsah (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia, Datuk Mark Rozario (dua dari kanan) melawat pameran Hot House 2017 di Kajang, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia