Berita Harian

Kurang 30 pemilik darah Bombay

Individu hanya boleh terima derma kumpulan darah sama

- Oleh Osman Lisut

Terdapat tidak sampai 30 pemilik darah jenis Bombay dan hanya dua orang bagi kumpulan darah Indian di negara ini menyebabka­n mereka berdepan padah jika ditimpa musibah.

Timbalan Pengarah II, Pakar Perunding Kanan Patologi (Hematologi), Pusat Darah Negara (PDN), Dr Afifah Hassan, berkata bilangan mereka yang memiliki darah jenis ganjil itu adalah berdasarka­n rekod penderma darah di PDN.

Katanya, usaha menyelamat­kan nyawa mereka pasti sukar jika berlaku kemalangan dan pesakit kehilangan banyak darah berikutan bekalan darah yang amat terhad.

“Contoh darah jenis ganjil yang ditemui ialah daripada kumpulan Kidd (Jka-b-), kumpulan Duffy (Fyab-), kumpulan darah Indian (Indian a+b-) dan beberapa jenis darah lain.

Kumpulan darah ganjil

“Kumpulan darah ganjil boleh didefinisi­kan sebagai kumpulan darah yang sukar ditemui dalam satu-satu populasi masyarakat. Di Malaysia, kumpulan darah ini adalah satu dalam seribu populasi (1:1,000).

“Jika pesakit mempunyai kumpulan darah ini, kita perlu mencari darah yang sesuai dan serasi bagi membolehka­n mereka menerima transfusi darah,” katanya kepada BH Plus.

Dr Afifah berkata, bilangan untuk penderma darah ganjil yang didaftarka­n daripada jenis lain juga adalah sangat terhad.

“Ini pastinya menyukarka­n PDN untuk membekalka­n darah sekiranya ada pesakit yang memiliki kumpulan darah ganjil memerlukan­nya sama ada untuk pembedahan mahupun pemindahan darah,” katanya.

Beliau berkata, darah jenis Bombay biasanya ditemui dalam kalangan masyarakat India, manakala jenis Fya-b- pula membabitka­n warga Asia Barat dan Afrika.

“Sebagai contoh, keperluan darah jenis Fya-b-meningkat apabila kita memperkena­lkan program Pelanconga­n Kesihatan, yang mana ramai pesakit dari Arab, Yaman dan Afrika datang ke Malaysia bagi mendapatka­n rawatan.

Penderma dipanggil PDN

“Untuk bekalan darah jenis ini, PDN memperoleh­nya daripada pelajar negara berkenaan yang belajar di sini. Demi keselamata­n, identiti semua penderma darah PDN dirahsiaka­n. Mereka hanya dipanggil PDN apabila diperlukan,” katanya.

Sementara itu, pakar transfusi darah PDN, Dr Nor Hafizah Ahmad, berkata bagi warga asing yang ingin menderma darah, pusat itu memiliki kriteria ketat sebelum membenarka­n mereka berbuat demikian.

“Kalau setakat datang melancong ke Malaysia, melihat ada kempen derma darah dan ingin menderma, mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.

“Bagi memastikan keselamata­n produk darah, mereka seharusnya tinggal di negara ini selama setahun, mempunyai alamat tetap, mudah dihubungi dan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Ia mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana sekiranya terdapat sebarang masalah, PDN perlu mengesan penderma terbabit untuk membolehka­nnya menjalani pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Nor Hafizah Ahmad
Dr Nor Hafizah Ahmad
 ??  ?? Dr Afifah Hassan
Dr Afifah Hassan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia