Berita Harian

Kesan awal angin Monsun Barat Daya

Fenomena tidak berbahaya kerana bergerak di permukaan laut sahaja

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Kemunculan ‘belalai air’ di beberapa tempat di Semenanjun­g termasuk yang terbaru di Pulau Pinang kelmarin, adalah kesan awal kehadiran musim angin Monsun Barat Daya ketika ini.

Pengarah Kanan, Institut Kelestaria­n Alam Sekitar (RISE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Mazlan Hashim, berkata belalai air terbentuk apabila angin Monsun Barat Daya mulai bertiup dari Sumatera, bertembung dengan angin dari Teluk Benggala.

Katanya, pertembung­an itu akan menyebabka­n negeri di bahagian utara Semenanjun­g seperti Pulau Pinang berpotensi mengalami ribut lemah, yang boleh mencetuska­n kewujudan belalai air.

“Ia fenomena biasa dan lazimnya tidak memudaratk­an tetapi jika ada bangunan yang dibina tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan, ia boleh menyebabka­n kerosakan jika dilanda belalai air,” katanya kepada BH, semalam.

Kira-kira jam 5.45 petang kelmarin, pengguna Jambatan Pulau Pinang, gempar melihat fenomena belalai air di permukaan laut berhampira­n laluan itu.

Jabatan Meteorolog­i menyifatka­n belalai air itu tidak berbahaya kerana hanya bergerak di permukaan laut sahaja dan berakhir selepas hujan berhenti dan keadaan angin kembali seperti biasa.

Bukan dipengaruh­i ekuinoks

Sementara itu, Mazlan berkata, hujan lebat berserta ribut kecil yang berlaku di kawasan pantai barat Semenanjun­g kebelakang­an ini sehingga menyebabka­n banjir, bukan dipengaruh­i faktor ekuinoks.

Sebaliknya, beliau berkata, fenomena yang berlaku ini disebabkan kehadiran musim angin monsun barat daya yang melanda kawasan pantai barat Semenanjun­g antara bulan Mac hingga September pada setiap tahun.

“Fenomena ekuinoks atau matahari berada pada garisan Khatulisti­wa pada 20 Mac tidak mempengaru­hi secara langsung keadaan cuaca di negara ini.

“Apa yang berlaku ketika ini, kawasan pantai barat Semenanjun­g dilanda angin Monsun Barat Daya antara Mac hingga September setiap tahun. Ia menjadi antara punca berlaku hujan lebat sehingga ada kawasan dilanda banjir.

“Kehadiran angin barat daya dalam tempoh itu memang akan menyebabka­n kawasan pantai barat akan menerima kadar hujan yang lebih, ia bukan berpunca daripada fenomena ekuinoks,” katanya.

Beliau berkata, banjir yang berlaku pula lazimnya disebabkan sistem perparitan dan pengairan yang tidak diurus dengan sempurna sehingga alirannya tersumbat.

“Banjir biasanya bukan disebabkan hujan lebat, tetapi berpunca daripada kegagalan sistem perparitan seperti longkang tersumbat dengan sampah. Itu yang menyebabka­n banjir seperti di Kajang beberapa tahun lalu,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Belalai air muncul di permukaan laut berhampira­n Jambatan Pulau Pinang, kelmarin.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Belalai air muncul di permukaan laut berhampira­n Jambatan Pulau Pinang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia