Berita Harian

Usah pandang negatif graduan berniaga

Komitmen generasi Y, Z jana ekonomi negara

- Oleh Norhafzan Jaafar dan Saadiah Ismail

Graduan wanita yang memilih bidang perniagaan berbanding menceburi kerjaya profesiona­l mengikut kelulusan mereka tidak seharusnya dipandang negatif.

Naib Canselor Universiti Antarabang­sa INTI, Prof Datuk Dr Rahmah Mohamed, berkata biarpun tidak meneruskan kerjaya dalam bidang berkaitan, tetapi mereka tetap menyumbang kepada perkembang­an ekonomi negara.

Katanya, cabaran dan faktor sekeliling membuatkan wanita lebih selesa memilih menjalanka­n perniagaan, namun dalam masa yang sama ilmu diperoleh ketika menuntut di universiti turut di aplikasi.

“Senario sekarang mungkin antara penyebab mengapa gen Y dan Z ini memilih untuk memberi lebih komitmen kepada keluarga, namun pada masa sama tetap menjana pendapatan.

“Ia juga boleh dianggap sebagai dimensi baharu dipilih golongan gen Y dan Z, justeru kerajaan seharusnya memandang perkara ini sebagai suatu perubahan dan membantu bagaimana untuk mengembang­kan lagi potensi mereka,” katanya ketika ditemui BH.

Buang stigma

Rahmah berkata, sokongan daripada kerajaan amat perlu dalam konteks ini, jika tidak stigma dan tanggapan bahawa wanita sepatutnya duduk di rumah saja akan tetap berlaku dan tiada peluang untuk mereka mengembang­kan kemahiran tersendiri.

“Wanita juga mempunyai kelebihan kerana mereka tidak perlu berdepan dengan birokrasi dan sebagainya, malah boleh mengimbang­i rutin harian mereka bersama anak, mengajar dan menguruska­n perniagaan bagi menjana pendapatan,” katanya.

Katanya, tidak mustahil juga suatu hari nanti menerusi bidang perniagaan yang dipilih itu, boleh memberi peluang pekerjaan kepada orang lain juga.

“Kita jangan terlalu negatif dan akhirnya semua orang akan memiliki kehidupan yang sempurna,” katanya.

Sokongan daripada kerajaan amat perlu dalam konteks ini, jika tidak stigma dan tanggapan bahawa wanita sepatutnya duduk di rumah saja akan tetap berlaku dan tiada peluang untuk mereka mengembang­kan kemahiran tersendiri” Rahmah Mohamed Naib Canselor Universiti Antarabang­sa INTI

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Wanita kini lebih selesa memilih menjalanka­n perniagaan.
[FOTO HIASAN] Wanita kini lebih selesa memilih menjalanka­n perniagaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia