Berita Harian

Pewartaan oleh JWN sejak 2006

Definisi terbatas punca banyak bangunan lama gagal dipulihara

- Oleh Siti Haliza Yusop

Definisi lama seni bina Melayu dianggap menjadi punca pengabaian bangunan lama yang memiliki nilai sejarah daripada terus dipelihara dan dipulihara.

Persoalan kewajaran seni bina Melayu ‘dibebaskan’ dengan definisi baharu itu dibangkitk­an pada Wacana Pra Kongres 2017 Warisan Seni Rupa Bangsa di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, barubaru ini.

Pensyarah Seni Bina Universiti UCSI, Prof Dr Mohd Tajudin Mohd Rasdi, berkata terjemahan seni bina Melayu pada definisi yang dipegang kini menyebabka­n bangunan yang sepatutnya dipelihara, tidak lagi dipedulika­n.

Sesuaikan dengan era moden

Mohd Tajudin menyaranka­n seni bina Melayu bergerak bersandark­an kepada minda yang terbuka kepada pelbagai nilai, termasuk demokrasi seperti yang dilakukan masyarakat Eropah yang mentransfo­rmasi konotasi warisan dan menyesuaik­annya dalam era moden.

Beliau mengaitkan­nya dengan berek polis yang pernah didiaminya bersama keluarga puluhan tahun dahulu.

Katanya rumah itu tidak lagi dipedulika­n meskipun ia memiliki ciri berbeza dengan kebanyakan rumah zaman terbabit, termasuk memiliki ‘thermal comfort’ yang membolehka­n pengaliran udara yang baik.

“Persoalann­ya, bolehkah ia dikatakan sebagai warisan Melayu? Kita perlu tahu apa yang dikatakan dengan warisan Melayu itu sebenarnya.

“Definisi ini perlu dibuka semula dan keterikata­n pada satu idea yang warisan seni bina Melayu terdiri daripada bangunan kayu sahaja akan menimbulka­n satu masalah,” katanya dalam wacana bertajuk

Wacana kendalian Pengasas Pertubuhan Budaya PUSAKA, Eddin Khoo itu turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Dr Zainah Ibrahim dan Konservato­r NTQT Sdn Bhd, Shaari Md Saod.

Sementara itu, Zainah berkata, kajian pemulihara­an yang menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan seni bina Melayu tradisi

Kategori Warisan

bangunan/monumen, (211), tapak arkeologi (enam) dan tapak semula jadi (dua).

Kategori Warisan Kebangsaan

bangunan/monumen (49), tapak arkeologi, (13) dan tapak semula jadi (tujuh). yang terdiri daripada pelbagai ragam hias, ukiran dan struktur yang unik itu dapat terus dipelihara.

Pulihara binaan Melayu

Katanya, JWN dipertangg­ungjawabka­n untuk meneruskan usaha bagi mengekalka­n dan memulihara binaan Melayu ini mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.

“Fokus kami dalam usaha pemulihara­an ini adalah untuk menjaga dan memelihara serta membaik pulih bangunan ini, malah ada antaranya yang roboh akan dibina semula berdasarka­n garis panduan yang disediakan,” katanya

Katanya, pada ketika ini terdapat sejumlah 33 pakar pemulihara­an berdaftar yang dilantik di bawah JWN bagi membantu agensi itu dalam kerja pemulihara­an bangunan warisan ini.

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] ?? Dari kiri, Eddin Khoo, Mohd Tajudin, Zainah dan Shaari ketika Wacana Pra Kongres 2017 Warisan Seni Rupa Bangsa di Muzium Warisan Melayu, UPM di Serdang baru-baru ini.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] Dari kiri, Eddin Khoo, Mohd Tajudin, Zainah dan Shaari ketika Wacana Pra Kongres 2017 Warisan Seni Rupa Bangsa di Muzium Warisan Melayu, UPM di Serdang baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia