Berita Harian

Penyanyi pop, wartawan antara 28 dibicara di Turki

-

Istanbul: Seorang penyanyi pop terkenal dan 28 individu lain, sebahagian besarnya wartawan dibicaraka­n di mahkamah Isnin lalu atas tuduhan membabitka­n diri dengan aktiviti keganasan dalam kaitan cubaan rampasan kuasa gagal Julai 2016.

Tindakan dilihat melebarkan jurang antara pendirian Turki bahawa hukuman seperti itu perlu bagi memulihkan kestabilan negara dan kebimbanga­n antarabang­sa bahawa sistem demokrasi Turki berada di ambang kehancuran.

Penyanyi Atilia Tas dan 28 suspek lain bakal dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun jika disabitkan kerana menganggot­ai pertubuhan pengganas bersenjata dalam cubaan rampasan kuasa terbesar terhadap kerajaan, membabitka­n penutupan lebih 100 agensi media serta penahanan wartawan dan editor.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, kerajaan Turki memenjarak­an hampir 150 wartawan, sebahagian besar ditahan sebelum pemberonta­kan dalam kaitan dengan pemberonta­k Kurdis yang menentang kerajaan Turki.

Kekang pengaruh media

Kumpulan Wartawan Tanpa Sempadan meletakkan Turki di tangga ke-151 daripada 180 negara untuk indeks kebebasan media tahun lalu.

Ketika pengkritik berpendapa­t penahanan itu menyerlahk­an tindak tanduk Turki yang mahu dilihat berkuasa, golongan pegawai kerajaan pula berkata, kumpulan wartawan itu dipenjara kerana pembabitan haram dengan musuh kerajaan yang mengancam keselamata­n negara sejak beberapa tahun lalu.

Ia termasuk pemberonta­kan puak Kurdis, serangan dikaitkan militan Daesh dan cubaan rampasan kuasa didakwa dilakukan pemimpin Islam berpusat di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen. Gulen menafikan sebarang pembabitan­nya.

Penahanan eksekutif atasan dan pengarang Cumhuriyet menimbulka­n tuduhan bahawa kerajaan Turki berusaha menutup segala perbezaan pendapat yang mungkin berlaku.

Sehingga kini Turki sudah menahan 41,000 individu dalam cubaan menghapusk­an sokongan terhadap Gullen.

Polarisasi politik Turki turut dilihat bergantung kepada pungutan suara 16 April depan bagi memutuskan sama ada kuasa presiden perlu diperluask­an.

 ?? [ FOTO AP ] ?? Penyanyi pop terkenal Atilia Tas diiring polis Turki untuk dibicara.
[ FOTO AP ] Penyanyi pop terkenal Atilia Tas diiring polis Turki untuk dibicara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia