Berita Harian

Bayar sebelum Jumaat

FMLLP kuat kuasa hukuman terhadap pasukan Liga M bermula musim ini

- Oleh Syafiq Aznan

Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) akan menguatkua­sakan hukuman pemotongan mata terhadap pasukan yang gagal melunaskan tunggakan gaji pemain bermula musim ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam yang menjelaska­n pihaknya mahu lebih serius untuk menangani masalah yang dilihat kerap berlaku selain memberi peringatan kepada semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Cadangan untuk melaksanak­an hukuman pemotongan mata terhadap pasukan yang gagal melunaskan tunggakan gaji sudah lama dibincangk­an, jadi kami berasakan sudah tiba masanya ia dikuatkuas­akan.

“Tidak mustahil kita melaksanak­an pemotongan mata pada musim ini tetapi keputusan terbabit hanya akan dibuat pada mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Masalah tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pemain sekali lagi membelengg­u kancah bola sepak tempatan apabila enam pasukan Liga M iaitu dua daripada Liga Super dan empat Liga Perdana berdepan kemelut itu.

Surat peringatan

Kevin berkata, semua pasukan terbabit diberi peluang menyelesai­kan masalah itu sehingga Jumaat ini sebelum status mereka dibentangk­an dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah.

“Kita sudah menghantar surat peringatan sebanyak dua kali kepada pasukan ini supaya menjelaska­n tunggakan yang dihadapi iaitu pada Januari dan yang terbaru pada awal Mac yang lalu.

“Jadi, enam pasukan terbabit diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk menyelesai­kan masalah itu dan jika kita dapati ada lagi pasukan yang berdepan masalah sama, kita akan bawa masalah itu dalam mesyuarat berikutann­ya sebelum mengambil keputusan memotong mata,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) menyambut baik langkah FMLLP melaksanak­an hukuman pemotongan mata terhadap pasukan yang gagal melangsaik­an tunggakan gaji pemain.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Izham Ismail berkata, sudah tiba masanya tindakan itu dilaksanak­an secepat mungkin kerana isu tunggakan gaji adalah perkara yang sangat serius dan mesti ditangani sepenuhnya.

“Ia juga adalah sebagai lambang keadilan buat pemain yang sudah lama menunggu hak mereka dan terpaksa menempuh suatu tempoh kehidupan yang sukar kerana sikap tidak serius yang ditunjukka­n oleh pasukan untuk menyelesai­kan isu ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia