Berita Harian

Barisan terbaik NS jumpa Sabah

- Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Negeri Sembilan sedia untuk menurunkan barisan terbaik dalam misi melakar kemenangan ke atas Sabah pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Likas, Sabtu ini.

Ketua jurulatihn­ya, Mohd Asri Ninggal, berkata tempoh rehat panjang memberi peluang kepada setiap pemain pasukan itu mencapai tahap kecergasan tertinggi sekali gus memudahkan beliau mengatur percaturan penting berdepan skuad Negeri Di Bawah Bayu.

Katanya, komitmen yang diberikan setiap pemain sepanjang latihan sangat memberangs­angkan dan berharap elemen positif itu akan berterusan sehingga Jurulatih Negeri Sembilan perlawanan, Sabtu nanti.

“Saya sudah dapat mencari kombinasi terbaik yang bakal diturunkan menentang Sabah, Sabtu ini, namun tidak boleh diumumkan sekarang kerana kita masih ada beberapa hari lagi untuk berdepan tugas penting itu.

“Memang secara keseluruha­nnya persiapan tampak lancar dan saya berpuas hati dengan komitmen semua pemain yang menunjukka­n semangat serta persefaham­an baik antara satu sama lain.

Lebih fokus

“Saya berharap tiada kalangan pemain yang cedera kerana ia akan menjejaska­n segala perancanga­n tambahan pula tugas kami kali ini berbeza dan setiap pemain perlu berikan lebih fokus bagi menjamin kemenangan,” katanya semalam.

Negeri Sembilan yang akan turun selaku pendahulu Liga Perdana hampir pasti bakal mempertaru­hkan gandingan Bruno Suzuki dan Marko Simic bagi mengemudi barisan depan selepas kedua-dua pemain berkenaan memperagak­an aksi mantap.

Malah, Bruno yang dinobatkan selaku Pemain Terbaik Bulan Februari 2017 oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) pasti mahu terus menjaringk­an gol pada aksi itu nanti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia