Berita Harian

Pasaran Asia, dolar AS kukuh

-

Asia meneruskan rali sesi sebelumnya semalam bersama-sama pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) yang mendapat sokongan daripada peningkata­n prestasi New York selepas pengumuman tinjauan keyakinan pengguna AS.

Dolar AS kembali dengan pengukuhan baharu berbanding pound dan euro selepas Perdana Menteri Theresa May memulakan langkah awal untuk membawa Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Selepas lebih seminggu rundingan berlangsun­g, peniaga AS menyaksika­n peluang dagangan ekuiti yang lebih luas merentas susulan peningkata­n mendadak pembeli Amerika.

Berita indeks pengguna yang mencapai paras 16-tahun tertinggi sedikit sebanyak meredakan kebimbanga­n terhadap agenda Presiden, Donald Trump untuk kembali merangsang ekonomi selepas kegagalan beliau meluluskan rang undang-undang kesihatan parti republikan.

Pelabur semakin ragu

Kegagalan Trump menggantik­an Obamacare memberi impak apabila pelabur kini semakin ragu terhadap keupayaann­ya menunaikan pemotongan cukai dan perbelanja­an infrastruk­tur AS.

Ketua Strategi Pasaran Axitrader, Greg Mckenna, dalam notanya berkata AS kini “perlu mengambil jalan jauh untuk memberikan sokongan kepada negara itu terhadap keupayaan ekonomi AS yang lebih baik ketika ini.

Beliau menambah: “Ia bukan soal harapan melihat perubahan berlaku dalam dasar Trump. Tetapi ia berhubung data sebenar dan tindak balas yang tepat bagaimana global seluruh dunia bertindak balas.”

Dow di Wall Street berakhir untung untuk pertama kali selepas lapan hari rugi susulan lantunan semula harga minyak yang turut menyediaka­n sokongan.

S&P 500 dan Nasdaq turut mencatatka­n kenaikan kukuh.

 ?? [ FOTO AP ] ?? Dow di Wall Street berakhir untung untuk pertama kali selepas lapan hari rugi susulan lantunan semula harga minyak.
[ FOTO AP ] Dow di Wall Street berakhir untung untuk pertama kali selepas lapan hari rugi susulan lantunan semula harga minyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia