Berita Harian

Tema unik Doraemon

Salmiah tidak segan penuhi impian sejak kecil

-

tertarik dengan cadar bercorak Doraemon.

Cadar pengantin Doraemon

“Disebabkan saya memang meminatiny­a, kami memutuskan untuk menggunaka­n cadar berkenaan bagi hiasan bilik tidur pengantin,” katanya.

Malah, Salmiah berkata, hampir kebanyakan hadiah perkahwina­n yang diterima daripada tetamu juga adalah daripada tema yang sama.

“Ada juga kawan yang sanggup menempah cadar bersulamka­n kartun Doraemon sebagai hadiah istimewa untuk perkahwina­n saya.

“Saya amat berbesar hati dengan kesungguha­n mereka mencari sesuatu yang unik dan menepati cita rasa saya sebagai hadiah perkahwina­n,” katanya.

Amat memahami minat isteri membuatkan Muhammad Zainol

Mohd Daud tidak kisah dengan keputusan Salmiah untuk menjadikan Doraemon sebagai tema utama majlis perkahwina­n mereka.

Malah, Muhammad Zainol sendiri tidak segan mengenakan baju Doraemon untuk bergambar bersama pelbagai koleksi barangan Doraemon milik isterinya.

“Saya sendiri pun menonton rancangan ini setiap minggu dan cukup suka dengan karakter Doraemon.

Tetapi bukanlah peminat setia seperti isteri saya.

“Melihatkan beliau meminati Doraemon tidak bermakna isteri saya ini juga bersifat keanak-anakan. Saya hormat dengan minatnya itu kerana percaya setiap orang mempunyai apa yang disukainya. Jadi, memang saya tidak kisah majlis kami bertemakan siri kartun ini,” katanya.

Muhammad Zainol berkata, beliau tertarik dengan isterinya itu kerana perangainy­a yang suka menolong orang, bertanggun­gjawab dan peramah, selain sifatnya yang comel seperti karakter kartun Doraemon.

Perangai sama seperti Doraemon

Sementara itu, kakak kepada Salmiah, Murni menyifatka­n adiknya itu bukan saja amat meminati watak Doraemon, tetapi juga mempunyai perangai yang sama seperti animasi popular berkenaan yang suka menolong orang.

Menerusi komen di Facebook Salmiah, Murni berkata, adiknya itu dikatakan sanggup mengambil risiko dalam usahanya untuk membantu orang lain demi memastikan orang yang dibantu itu mendapat kebahagiaa­n.

“Bukan itu saja, malah perangainy­a juga kadang kala comel seperti karakter kartun Daraemon itu sendiri yang sering membuatkan orang ketawa,” katanya.

 ??  ?? Salmiah dan Muhammad Zainul pada acara memotong kek perkahwina­n.
Salmiah dan Muhammad Zainul pada acara memotong kek perkahwina­n.
 ??  ?? Cenderahat­i untuk tetamu.
Cenderahat­i untuk tetamu.
 ??  ?? dan kek perkahwina­n turut guna tema watak animasi kegemaran Salmiah.
dan kek perkahwina­n turut guna tema watak animasi kegemaran Salmiah.
 ??  ?? Cenderahat­i
Cenderahat­i
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Bilik pengantin turut dihiasi dengan tema robot kuching Doraemon.
Bilik pengantin turut dihiasi dengan tema robot kuching Doraemon.
 ??  ?? Ahli keluarga mengenakan baju-t bertemakan Doraemon.
Ahli keluarga mengenakan baju-t bertemakan Doraemon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia