Berita Harian

Biskut cip coklat

Sajian rangup, enak digemari pelbagai peringkat usia

-

Biskut coklat cip rangup, manis dan penuh rasa coklat, lazimnya digemari pelbagai peringkat usia.

Cara adunan, bahan bertepatan mengikut sukatan dan cara memasak menjadikan­nya lebih rangup setanding di kedai roti.

Cef dan pemilik kafe Chez Leoniel, Leoniel Dg, berkata bahan berkualiti adalah syarat utama dalam menghasilk­an biskut yang rangup, enak dan tekstur lembut selain mencampur bahan bersama kekacang mengikut kreativiti masing-masing.

“Ketika menghasilk­an biskut, ia sebenarnya mengasah bakat dan kreativiti seseorang untuk menghias atau menambah bahan untuk menjadikan­nya lebih enak. Misalnya kekacang seperti, gajus, badam walnut atau oat serta kismis.

“Kawalan suhu amat penting sama ada anda mahukan ia kenyal atau rangup. Pendekkan sedikit tempoh membakar jika anda mahu ia bertekstur kenyal manakala lebihkan 10 minit jika anda mahu ia rangup apabila digigit,” katanya.

Jenis coklat cip

Leoniel berkata, terdapat dua jenis coklat cip berbeza iaitu coklat cip bake stable dan coklat cip masakan yang mana keduaduany­a mempunyai teksktur boleh keras atau bertahan pada suhu bilik selepas dicairkan.

“Untuk biskut kita gunakan coklat cip masakan supaya ia boleh digaul bersama adunan tepung. Ia tidak keras selepas dicairkan berbanding coklat cip bake stable yang akan terus keras selepas dialih dari haba sesuai untuk hiasan,” katanya.

Coklat cip bake stable boleh digunakan untuk menghias iaitu mencelup biskut ke dalamnya selepas siap dibakar. Lapisan coklat pada luaran akan terbentuk bagi menjadikan­nya ia lebih enak.

Minggu ini, Aroma Kulinari berkongsi resipi biskut coklat cip yang ringkas dan mudah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia