Berita Harian

Misi si bayi comel

-

Matlamat Baby Co hanya satu, iaitu menggagalk­an misi penjahat berkenaan yang mahu tumpuan ibu bapa terhadap bayi mereka berkuranga­n dengan kehadiran anjing comel dalam setiap keluarga.

Biarpun sedari awal hubungan antara Tim dan Baby Boss sentiasa tegang disebabkan perasaan cemburu kanak-kanak berkenaan, akhirnya masing-masing bersatu demi menyelamat­kan ibu bapa mereka.

Dendam lama

Namun, mampukah dua figura kecil itu mengubah nasib mereka atau misi kedua-duanya terhalang disebabkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puppy Co menyimpan dendam yang sudah terpendam sekian lama?

Apa pun, kisah penuh lucu dan mendebarka­n ini tidak hanya sesuai untuk golongan kanak-kanak kerana plot serta kronologi kisahnya juga pastinya menghiburk­an pelbagai kalangan penonton.

Karakter memikat

Bersandark­an plot menarik, paling istimewa tentu saja penampilan karakter comel Baby Boss dan rakan sebayanya yang lain, selaku pembantu risikan dalam misi terbabit.

Bukan itu saja, nama besar yang menjadi suara latar juga bakal menarik ramai ke pawagam, termasuk Alec Baldwin, Jimmy Kimmel yang menjadi bapa Tim dan Lisa Kudrow (ibu).

Berita baik juga buat peminat tegar bintang kegemaran kanak-kanak, Tobey Maguire, apabila beliau dipilih sebagai penyumbang suara latar penceritaa­n

The Baby Boss.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia