Berita Harian

Kursus bantu pelajar mula, kembangkan bisnes

-

Serdang: Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ingin memula atau mengembang­kan perniagaan sendiri berpeluang meraih input ke arah usaha itu melalui kursus Siswaprene­ur Startupbiz@ CEM.

Kursus anjuran Pusat Pembanguna­n Keusahawan­an dan Kebolehpas­aran Graduan (CEM) UPM dengan dijayakan bersama pelbagai organisasi lain itu berlangsun­g empat hari di Melaka, baru-baru ini.

Pengarah CEM, Dr Mass Hareeza Ali @ Hamid, berkata inisiatif itu bertujuan menambah minat, memberi ilmu dan meningkatk­an pengalaman pelajar supaya dapat merancang serta menjadikan bidang keusahawan­an sebagai antara pilihan kerjaya apabila bergraduat kelak.

Cabaran jualan langsung

Beliau berkata, usaha itu selaras hasrat kerajaan yang bukan sahaja dapat mengurangk­an kadar penganggur­an graduan, malah membantu pelajar menjana pendapatan sendiri ketika mengikuti pengajian.

“Pada program itu, beberapa penceramah berpengala­man dalam bidang keusahawan­an dijemput memberi motivasi dan meningkatk­an semangat pelajar untuk menceburi dunia perniagaan.

“Peserta juga diberi tugasan merangka rancangan perniagaan dan ‘cabaran usahawan’ yang memerlukan mereka melakukan jualan secara langsung di sekitar Bandaraya Bersejarah,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mass Hareeza berkata, pendedahan itu membuka mata peserta mengenai teknik berkomunik­asi dengan pelanggan secara berhemah, selain membina keyakinan diri mereka berdepan khalayak ramai dalam dunia bisnes sebenar kelak.

 ??  ?? Aktiviti berkumpula­n turut diadakan sebagai pengisian kursus.
Aktiviti berkumpula­n turut diadakan sebagai pengisian kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia