Berita Harian

UITM Eco-sprint muncul juara

-

Monash Malaysia berjaya menamatkan saingan untuk pelbagai kategori dalam cabaran sempena Festival Make The Future Singapore 2017 yang berlangsun­g empat hari bermula 16 hingga 19 Mac lalu.

Sebanyak 123 pasukan institusi pengajian tinggi

(IPT) dari 20 negara Asia, Asia Barat dan Australia menyertai cabaran yang memerlukan peserta untuk membina kenderaan mampu bergerak jarak terjauh dengan penggunaan tenaga paling jimat dalam tempoh masa ditetapkan anjuran syarikat minyak terkemuka itu.

Ketua pasukan UITM Eco-sprint, Amirah Athirah Rohazam, berkata pertanding­an berkenaan bukan sahaja menguji keupayaan bidang teknikal peserta malah kebolehan mengurus pasukan dalam menjayakan projek rekaan kereta yang mula dirancang sejak April tahun lalu.

Menguji keupayaan

Sehubungan itu, beliau sangat berharap pertanding­an seperti ini akan membantu meningkatk­an minat lebih ramai pelajar dalam program Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) terutama dalam kalangan mereka yang berhasrat menjadikan jurutera sebagai kerjaya masa depan.

Sementara itu, Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Lain Lo, berkata sejak lapan tahun penganjura­n Shell Eco-marathon berjaya mempamerka­n bakat muda negara dalam bidang kejurutera­an di samping membuktika­n kemahiran dan kepakaran teknikal mereka dalam menangani keperluan global untuk penggunaan tenaga lebih bersih.

Katanya, pertanding­an itu turut memperliha­tkan banyak pasukan berjaya membuktika­n kemahiran dan keupayaan mereka bukan sahaja dalam bidang kejurutera­an malah kemahiran insaniah seperti kepimpinan, pemasaran, komunikasi dan sebagainya.

 ??  ?? Peserta bersama rekaan kereta kategori prototaip dan konsep urban yang bertanding dalam cabaran Shell Eco-marathon Asia 2017 merakamkan kenangan bersama pada Festival Make The Future Singapore 2017.
Peserta bersama rekaan kereta kategori prototaip dan konsep urban yang bertanding dalam cabaran Shell Eco-marathon Asia 2017 merakamkan kenangan bersama pada Festival Make The Future Singapore 2017.
 ??  ?? Pasukan UITM Eco-sprint berjaya mempertaha­nkan gelaran juara kali keempat berturut-turut pada cabaran Shell Eco-marathon Asia 2017 bagi kategori Prototaip Sel Bahan Api Hidrogen.
Pasukan UITM Eco-sprint berjaya mempertaha­nkan gelaran juara kali keempat berturut-turut pada cabaran Shell Eco-marathon Asia 2017 bagi kategori Prototaip Sel Bahan Api Hidrogen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia