Berita Harian

Pelajar UMP guna seni dekati masyarakat

-

Kuantan: Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) mempamerka­n bakat seni tarian dan nyanyian menerusi program Santai Seni bagi mendekati masyarakat.

Program julung kali anjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar universiti itu mengenai kemahiran hidup bermasyara­kat.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata program berkenaan sebagai inisiatif UMP untuk menjadi sebuah universiti awam memasyarak­atkan seni dalam dunia teknologi maklumat.

Pelbagai aktiviti seni

“Saya difahamkan kebanyakan pelajar yang mengambil bahagian pada program itu adalah daripada kursus kejurutera­an, namun mereka juga turut mempunyai bakat dalam seni tarian dan nyanyian.

“Pada masa sama, program yang diadakan ini turut bertujuan memeriahka­n kawasan tumpuan pengunjung di bandar ini selain memberi peluang kepada mereka yang berkunjung menikmati hiburan yang disediakan UMP,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program berkenaan di Pantai Teluk Cempedak, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Alumni), Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd Rahman Safie.

Program berkenaan membabitka­n lebih 100 pelajar dan kakitangan UMP dengan pelbagai aktiviti seni kebudayaan diadakan.

Antara aktivitiny­a yang diadakan seperti persembaha­n kompang, tarian zapin, busker

UMP, tarian kontempora­ri (tarian burung kerak nasi), nasyid Kumpulan Baraqah Beggers, tarian Sabahsaraw­akdan tarian penutup Joget Pahang dan Joget Serampang Laut.

 ?? [ STR/ NURUL NADIRA SHAARI ] ?? Mohd Sharkar ( tengah) dan Prof Daing Nasir (sembilan dari kiri) bersama pelajar UMP ketika program Santai Seni di Pantai Teluk Cempedak.
[ STR/ NURUL NADIRA SHAARI ] Mohd Sharkar ( tengah) dan Prof Daing Nasir (sembilan dari kiri) bersama pelajar UMP ketika program Santai Seni di Pantai Teluk Cempedak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia