Berita Harian

Azim ‘tauke’ masakan barat

- Oleh Nor Azma Laila

Masalah yang dihadapi keluarga ketika menjalanka­n perniagaan kilang roti menjadi titik tolak kepada graduan Management & Science University (MSU), Mior Azim Badalishah, 32, membuka perniagaan restoran makanan Barat yang dikenali Mios Kitchen pada 2014 bertempat di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

Kini, Mios Kitchen yang memberi fokus kepada hidangan barat dengan harga berpatutan sudah mempunyai lapan cawangan di sekitar Lembah Klang antaranya di Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam dengan kekuatan 40 kakitangan.

Menceritak­an mengenai perjalanan perniagaan yang kini sudah berusia tiga tahun, graduan Diploma Seni Kulinari itu berkata, beliau mengambil keputusan untuk beralih arah daripada perniagaan roti kepada restoran makanan Barat kerana mahu mempunyai satu jenis perniagaan yang lebih fokus dan sistematik.

“Apabila perniagaan keluarga mengalami masalah pada 2011, saya yang ketika itu sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak, mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di MSU bagi menimba ilmu dalam pengurusan perniagaan dan mempertaja­mkan lagi kemahiran bidang kulinari.

“Pada masa sama, saya turut menjalanka­n perniagaan bakeri iaitu membuat kek dan pastri yang menerima tempahan secara atas talian.

“Situasi ketika itu sangat mencabar kerana saya perlu membahagik­an masa untuk ke kelas pada waktu siang dan menyiapkan tempahan pelanggan pada waktu malam,” katanya ketika ditemui BH Varsiti di sini, baru-baru ini.

Mengharung­i cabaran

Beliau berkata, melalui pendedahan awal yang diperoleh daripada keluargany­a sejak berusia lapan tahun melalui bisnes menjual ayam golek, perasaan malu untuk mempromosi­kan produk sudah berjaya diatasi.

“Peluang belajar di

MSU pula saya gunakan untuk mendalami lagi kemahiran yang saya ada sepanjang bekerja dengan keluarga. Di universiti saya belajar mengenai perkara asas menguruska­n restoran, pengawalan kos, sumber manusia dan teknik memasak memandangk­an sebelum ini saya tidak pernah mendapat pendidikan secara formal dalam bidang kulinari.

“Saya turut merujuk pakar dalam bidang masakan, pengurusan dan perniagaan bagi mendapatka­n tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman untuk saya menjadi usahawan berjaya satu hari nanti,” katanya.

Anak kelahiran Kedah itu berkata, menceburi bidang perniagaan sudah tentunya mempunyai cabaran tersendiri antaranya berdepan masalah pekerja silih bertukar ganti kerana beberapa faktor dan persaingan daripada rakan niaga yang lain.

“Saya pernah berdepan masalah kekurangan kakitangan untuk cawangan di Bandar Kinrara. Bagaimanap­un, perkara itu berjaya diatasi melalui pengurusan dan sistem yang bijak malah cawangan itu kini menjadi antara restoran paling banyak mendapat sambutan berbanding cawangan

Mios Kitchen yang lain.

“Masalah promosi tidak begitu menjadi masalah kerana kita mempunyai pelbagai saluran untuk menjalanka­n aktiviti pemasaran terutama melalui media sosial yang mudah disampaika­n kepada pelanggan.

“Sasaran Mios Kitchen terdiri daripada golongan muda kelas pertengaha­n kerana kebanyakan menu di restoran ditawarkan pada harga serendah RM5 hingga RM40,” katanya yang bercadang membuka satu lagi restoran di Seksyen 15 Shah Alam pada Mei ini.

 ??  ?? Mior membimbing pekerja menyiapkan hidangan untuk pelanggan.
Mior membimbing pekerja menyiapkan hidangan untuk pelanggan.
 ??  ?? Mior bersama kakitangan Mios Kitchen.
Mior bersama kakitangan Mios Kitchen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia