Berita Harian

MAKAN BERADAP

Tradisi masih diteruskan dengan cara lebih moden walaupun generasi hari ini tidak faham ada maksud tersirat

-

Meja makan beradap adalah satu lagi keutamaan dalam setiap majlis perkahwina­n atau walimatul urus selain daripada pelamin yang menjadi pentas atau tumpuan utama tetamu menyaksika­n pasangan mempelai yang dirai.

Di sesetengah tempat dan negeri seperti di Johor, makan beradap juga dikenali sebagai makan berdamai.

Biarpun, masih diteruskan dalam setiap majlis perkahwina­n, namun semakin ramai generasi hari ini yang tidak memahami maksud sebenar yang tersurat dan tersirat di sebalik amalan makan beradap untuk pasangan pengantin baharu.

Pakar rujuk busana dan budaya, Zubaidah Sual berkata, makan beradap pada zaman dulu dianggap sebagai pertemuan pertama atau sesi suai kenal bukan saja kepada pasangan pengantin sendiri, tetapi keluarga keduadua belah pihak.

Pertemuan pertama

“Kebiasaann­ya, pasangan pengantin tidak saling kenal mengenali atau bertemu selagi mereka belum diijab kabul sebagai suami isteri. Jadi, menerusi makan beradap inilah mereka akan bertentang mata dan dipertemuk­an buat kali pertama.

“Begitu juga dengan saudara mara pengantin kerana keduadua belah pihak, kadang kala datangnya dari jauh dan bukan dari kampung yang sama.

“Jadi, sudah pasti mereka tidak pernah bertemu.

“Jadi menerusi majlis makan beradap inilah kedua pihak diperkenal­kan dan mereka akan duduk

Kebiasaann­ya, pasangan pengantin tidak saling mengenali selagi mereka belum diijab kabul. Jadi, menerusi makan beradab inilah mereka akan bertentang mata dan dipertemuk­an buat kali pertama” Zubaidah Sual, Pakar rujuk busana dan budaya

bersama menikmati hidangan sambil berbual dan beramah mesra,” katanya kepada Aura.

Zubaidah berkata, disebabkan jarak dan masalah perhubunga­n yang agak sukar pada zaman dulu, majlis makan beradap itu juga menjadi permulaan atau tempat paling sesuai untuk keluarga pengantin bersembang.

“Kedudukan mereka juga adalah saling berhadapan antara satu sama lain supaya perbualan menjadi lebih mudah dan perkenalan akan bertambah mesra.

“Mereka yang diraikan dalam majlis ini pula selain pasangan pengantin adalah keluarga terdekat mempelai iaitu ibu bapa dan ibu bapa saudara,” katanya.

Saling menghadap

Beliau berkata, kebanyakan makan beradap dulu lebih bersifat privasi apabila ia diadakan di dalam rumah untuk menjadikan situasi lebih santai.

Tetapi apabila zaman berlalu, tradisi makan beradap turut mengalami perubahan kerana kebanyakan tetamu mengambil peluang ketika acara ini berlangsun­g untuk melihat pengantin secara lebih dekat.

Disebabkan keadaan kebanyakan rumah masyarakat Melayu ketika itu sempit, makan beradap dilakukan di luar rumah dengan meja dan hidangan dihias indah dan ada tarian meraikan pasangan pengantin baharu.

“Berbeza dengan masa kini, hiasan untuk makan beradap menjadi satu kemestian, malah ada yang sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk memastikan ia kelihatan cukup meriah dan indah terutama mereka yang meraikan majlis perkahwina­n di hotel atau dewan.

“Mereka yang mengiringi pengantin makan pula tidak lagi hanya terhad kepada keluarga kerana ada yang mengundang tetamu kehormat untuk bersama di meja pengantin,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ GAMBAR HIASAN ] ??
[ GAMBAR HIASAN ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Makan beradap masih diamalkan oleh masyarakat Melayu.
Makan beradap masih diamalkan oleh masyarakat Melayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia