Berita Harian

Dua qari guna al-quran Braille

Kitab OKU cacat penglihata­n kali pertama digunakan sempena tilawah

- Oleh Amir Mamat bhnews@bh.com.my

Sejak penganjura­n Majlis Tilawah al-quran Peringkat Kebangsaan 60 tahun lalu, buat kali pertama al-quran Braille digunakan pada pentas yang berprestij itu.

Al-quran yang dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU) cacat penglihata­n, digunakan oleh peserta, Muhammad Fiqry Muhammad Fahmi, 22, dari Sabah, malam kelmarin dan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 19, yang mewakili Kelantan, malam tadi.

Kitab yang dihasilkan oleh Persatuan Orang Cacat Penglihata­n Islam Malaysia (PERTIS) itu mendapat pengesahan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Muhammad Fiqry ketika ditemui, berkata beliau berbangga kerana menjadi individu pertama menggunaka­n al-quran berkenaan pada majlis tilawah al-quran.

Katanya, ia membuktika­n keprihatin­an Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi lebih kemudahan kepada OKU cacat penglihata­n untuk membaca ayat suci a-quran.

“Ia (al-quran Braille) sangat membantu saya dalam tilawah ini. Saya yakin, ia juga memberi kemudahan kepada rakan yang senasib dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha, berkata al-quran itu yang pernah digunakan di beberapa acara lain, julung kali digunakan pada majlis tilawah tahun ini.

“Kebetulan, ada dua peserta OKU cacat penglihata­n menyertai majlis pada tahun ini dan JAKIM bersetuju untuk menyediaka­n kemudahan ini kepada mereka,” katanya.

Puji peserta OKU

Beliau turut memuji kesungguha­n dua peserta OKU yang menyertai tilawah kali ini.

“Walaupun mereka mengalami kecacatan, ia bukan satu kekurangan bagi mereka apabila dapat mempersemb­ahkan bacaan dengan baik.

“Lazimnya, orang biasa mengguna mata untuk membaca alquran, tetapi mereka menggunaka­n tangan menyentuh tulisan Braille untuk membaca,” katanya.

Penggunaan al-quran Braille oleh Muhammad Fiqry dan Muhammad Qayyim itu turut mendapat perhatian Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, yang memuji langkah JAKIM menyediaka­n kemudahan berkenaan.

“Tahniah kepada JAKIM dan pihak pengurusan Majlis Tilawah alquran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan kali ini kerana berjaya menyediaka­n kemudahan.

“Melaka selaku tuan rumah berbangga kerana menjadi negeri pertama yang menggunaka­n al-quran Braille,” katanya.

Seramai 79 peserta berumur antara tujuh hingga 25 tahun mengambil bahagian pada majlis tilawah dan menghafaz peringkat kebangsaan kali ini.

Ia (al-quran Braille) sangat membantu saya dalam tilawah ini. Saya yakin, ia juga memberi kemudahan kepada rakan yang senasib dengan saya” Muhammad Fiqry Muhammad Fahmi, Qari Sabah

 ?? [FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] ?? Muhammad Fiqry memperdeng­arkan bacaan ayat suci Al-quran pada majlis tilawah al-quran di Ayer Keroh, Melaka, semalam.
[FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] Muhammad Fiqry memperdeng­arkan bacaan ayat suci Al-quran pada majlis tilawah al-quran di Ayer Keroh, Melaka, semalam.
 ??  ?? Sarimi Yusoff (kiri) membantu menyemak bacaan anaknya, Muhammad Qayyim Nizar menggunaka­n aplikasi telefon pintar.
Sarimi Yusoff (kiri) membantu menyemak bacaan anaknya, Muhammad Qayyim Nizar menggunaka­n aplikasi telefon pintar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia