Berita Harian

Bantahan serlah sikap sebenar DAP

Tindakan bukti hipokrasi parti terhadap Islam, Melayu

- Oleh Amin Ridzuan Ishak, Ahmad Suhael Adnan dan Mohd Zulkifli Zainuddin

Bantahan DAP terhadap pembentang­an Rang Undangunda­ng Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat, kelmarin, membuktika­n hipokrasi parti itu terhadap Islam dan Melayu.

Tindakan itu menyerlahk­an sikap sebenar mereka untuk menolak usul berkenaan.

Kuantan,

Di Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah, berkata tindakan berkenaan membuktika­n Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, yang mengetuai bantahan itu adalah pemimpin ‘de facto’ atau orang paling berkuasa dalam Pakatan Harapan.

Cabar tegur Kit Siang

“Jika benar DAP bukan parti menguasai pembangkan­g, saya cabar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) menegur tindakan Kit Siang yang tidak putus-putus melakukan provokasi terhadap agama Islam,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang ketika mahu membentang­kan Rang Undangunda­ng Persendiri­an bagi meminda RUU 355, diganggu wakil pembangkan­g yang cuba menghalang­nya sehingga berlaku kekecohan selama 35 minit di Dewan Rakyat.

Di Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata tindakan beberapa Ahli Parlimen DAP, PAN dan PKR yang cuba mencetuska­n provokasi selepas sesi perbahasan RUU 355 ditangguhk­an juga sebagai tidak wajar.

Kota Bharu, Tindakan Speaker tepat

“Keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhk­an perbahasan RUU 355 adalah langkah tepat dan tidak sepatut dijadikan isu oleh sesetengah pihak,” katanya.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, berkata PAS yakin penjelasan yang diberikan ketika pembentang­an RUU 355 di Parlimen, kelmarin, akan memberi pandangan baharu kepada semua pihak terutama pembangkan­g dan bukan Islam dalam memahami pindaan akta berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia