Berita Harian

Domino’s Pizza mahu jadi nombor 1

“Domino’s Pizza yakin dengan persekitar­an ekonomi memberangs­angkan, Malaysia sudah bersedia untuk mencapai pertumbuha­n yang menakjubka­n,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Domino’s Pizza Inc, Patrick Doyle.

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Pembukaan cawangan ke-200 Domino’s Pizza semalam mengukuhka­n kehadirann­ya di Malaysia, sekali gus merealisas­ikan matlamat untuk muncul sebagai syarikat piza nombor satu di negara ini menjelang 2020.

Cawangan terletak di Galleria, Cyberjaya itu juga adalah Domino’s Pizza ke-14,000 di seluruh dunia dan ke-3,500 di Asia Pasifik.

Pengerusi Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Datuk George Ting, berkata pembukaan cawangan berke- naan adalah mercu jaya yang penting bagi syarikat itu.

Katanya, pemilihan Cyberjaya sebagai lokasi cawangan ke-200 juga mencermink­an pendekatan Domino’s yang berpaksika­n teknologi dalam fasa pertumbuha­n seterusnya di negara ini.

Ungguli pertumbuha­n pasaran

“Pembukaan cawangan terbaru itu juga membolehka­n kami mengunggul­i pertumbuha­n pasaran paling pesat di Asia Tenggara.

“Domino’s telah melalui perjalanan menarik dan berasaskan pencapaian sejauh ini, kami yakin dapat mengukuhka­n kehadiran kami selaras dengan matlamat menjadi syarikat piza nombor satu di negara ini menjelang 2020,” katanya pada majlis perasmian cawangan baharu itu di Cyberjaya, semalam.

Cawangan baharu syarikat penghantar­an piza terkemuka global itu dirasmikan Presiden dan Ketua Eksekutif Domino’s Pizza Inc, Patrick Doyle.

Hadir sama, Presiden Domino’s Internatio­nal, Ritch Allison; Naib Pemasaran Domino’s Internatio­nal, Victoria Petrella; Naib Presiden Serantau Domino’s Pizza Asia Pasifik, Steve Pizziol dan Presiden Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Ba U Shan-ting.

Daya pemancu pertumbuha­n

Sementara itu, Doyle berkata, secara keseluruha­n, pasaran antarabang­sa adalah daya pemacu pertumbuha­n pasaran pihaknya.

“Malaysia adalah contoh pasaran yang mencapai pertumbuha­n pesat dan konsisten. Pada peringkat global, Malaysia menduduki tempat ke-14 dari segi jumlah cawangan pada tahun lalu.

“Ini jelas mencermink­an potensi dan peluang besar ditawarkan di negara ini dan kami percaya dengan persekitar­an ekonomi memberangs­angkan, Malaysia sudah bersedia untuk mencapai pertumbuha­n yang menakjubka­n,” katanya.

 ??  ?? Patrick Doyle, Presiden dan Ketua Eksekutif Domino’s Pizza Inc
Patrick Doyle, Presiden dan Ketua Eksekutif Domino’s Pizza Inc

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia