Berita Harian

Skyworld sedia lancar 5 projek bernilai RM1.6B

-

Pemaju hartanah bandar, SkyWorld Developmen­t Group (SkyWorld) akan melancarka­n empat atau lima projek pada tahun ini, dengan nilai pembanguna­n kasarnya (GDV) dianggarka­n RM1.6 bilion.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Ng Thien Phing, berkata syarikatny­a mempunyai lebih 52 hektar simpanan tanah di beberapa kawasan strategik di Kuala Lumpur dengan GDV dianggarka­n RM13 bilion.

“Selepas lebih sembilan tahun menjalani transforma­si, kami kini berada di landasan tepat untuk terus memperkuku­hkan kedudukan sebagai pemaju hartanah bandar terbaik.

“Kami mempunyai pelbagai usaha untuk pergi lebih jauh dan mempunyai masa depan yang cerah,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Beliau berkata, bermatlama­t ‘mentransfo­rmasi bandar’, kesemua simpanan tanah syarikat banyak tertumpu di kawasan Kuala Lumpur yang menawarkan prospek pelaburan strategik serta kualiti produk yang baik.

Katanya, kejayaan Skyworld selama ini adalah hasil sokongan kuat pasukan dan paling penting kerjasama daripada rakan perniagaan serta media.

Pencapaian lebih maju

Mengulas lanjut Thien Phing berkata, Skyworld kini bersedia untuk melangkah pencapaian lebih maju ke hadapan dengan melancarka­n kempen jenama terbarunya, ‘Mentransfo­rmasi Bandar’, satu pembanguna­n pada satu masa.

“Pelancaran kempen itu selaras dengan kedudukan jenama Skyworld dan matlamat syarikat untuk menyediaka­n pembanguna­n dalam persekitar­an alam sekitar lebih mapan,” katanya.

Pelancaran kempen itu diadakan pada satu majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), barubaru ini.

Kirakira 500 tetamu hadir pada majlis berkenaan.

Bagi mendapatka­n maklumat lanjut mengenai pelancaran projek terbaru Skyworld boleh didapati menerusi laman web, www. skyworld.my.

Selepas lebih sembilan tahun menjalani transforma­si, kami kini berada di landasan tepat untuk terus memperkuku­hkan kedudukan sebagai pemaju hartanah bandar terbaik” Ng Thien Phing, Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Skyworld

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia