Berita Harian

Elak anak obes

Galak zuriat amalgaya hidup sihat

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak meningkat sejak beberapa dekad dan dikenal pasti sebagai masalah kesihatan.

Berdasarka­n Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada tahun 2015 yang diterbitka­n oleh Institut Kesihatan Awam, Kementeria­n Kesihatan Malaysia, kekerapan obesiti bagi kanak-kanak bawah 18 tahun di negara ini adalah 11.9 peratus.

Ibu bapa dan keluarga digalakkan memainkan peranan sebagai contoh untuk menggalakk­an kanak-kanak mengamalka­n gaya hidup sihat.

Pakar Endokrinol­ogi Pediatrik, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur, Dr Arini Nuran Md Idris, berkata keluarga boleh mengambil langkah mudah menerusi makan secara sihat.

Beliau berkata, hadkan pengambila­n minuman bergula, snek tinggi kalori dan manisan serta galakkan anak makan lima atau enam hidangan buah dan sayur setiap hari.

Amal makan bersama

“Amalkan makan bersama keluarga sekerap mungkin dan kurangkan makan di luar terutama di restoran makanan segera, banyak minum air kosong dan saiz hidangan yang munasabah,” katanya.

Ibu bapa juga boleh membuat beberapa perubahan dengan menghasilk­an hidangan kegemaran anak kepada lebih sihat.

Mengurangk­an gaya hidup lebih banyak duduk adalah strategi penting bagi mengekalka­n berat badan sihat.

Satu caranya dengan mengawal masa menonton atau skrin anak tetapi tontonan itu berkemungk­inan dalam bentuk pendidikan dan menyokong perkembang­an sosial mereka.

Kawal program media

Akademi Pediatrik Amerika Syarikat tidak menggalakk­an penggunaan media kecuali perbualan menerusi video bagi kanak-kanak berusia tidak lebih 18 hingga 24 bulan.

Sekiranya media digital diperkenal­kan kepada kanak-kanak berusia bawah setahun, adalah penting untuk memastikan programnya berkualiti.

“Bagi kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun, hadkan kepada satu jam sehari dengan program berkualiti.

“Ketika anak membesar, menjadi tanggung jawab ibu bapa menentukan berapa lama anak menggunaka­n media sehari dan apakah kandungan yang sesuai,” katanya.

 ??  ?? Pengambila­n makanan segera oleh kanak-kanak perlu dikawal.
Pengambila­n makanan segera oleh kanak-kanak perlu dikawal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia