Berita Harian

Hindari makanan perap garam

Bersifat arsenik, galak pertumbuha­n sel barah

- Oleh Halina Mohd Noor

Makanan laut yang diperap dengan garam seperti belacan, ikan bilis dan ikan kering boleh mencetuska­n risiko penyakit barah sekiranya dimakan setiap hari.

Berdasarka­n kajian Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Razinah Mohd Sharif, mendapati protein yang diperap dengan garam akan membentuk nitrosamin­e yang boleh merosakkan asid deoksiribo­nukleik (DNA).

Nitrosamin­e bersifat karsinoge nik iaitu agen yang boleh mencetuska­n pertumbuha­n sel barah dalam tisu hidup.

“Nitrosamin­e akan berkumpul di dalam badan dan dalam jangka masa panjang, lamakelama­an berupaya merosakkan DNA.

“Apabila DNA rosak ditambah dengan pelbagai faktor lain seperti pencemaran alam sekitar, boleh menjurus kepada barah,” katanya.

Penyelidik­an beliau dilakukan bersama sekumpulan pelajar UKM pada tahun 2006 dengan kerjasama Majlis Kanser Kebangsaan (MAKNA).

Geran penyelidik­an kesan barah

MAKNA menyediaka­n geran untuk melihat pemakanan yang boleh meningkatk­an risiko barah di negara ini.

Dalam kajian itu, beliau melihat kumpulan mikro nutrien dan garam yang terdapat di dalam belacan dari Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka.

Hasil pemerhatia­n mendapati Memilih belacan yang baik;

Berwarna kehitamhit­aman.

Tdak mengandung­i pewarna tiruan iaitu rhodamine pewarna untuk tekstil.

Makanan antioksida­n: Ulam

Buah-buahan

Madu (bancuh satu sudu teh dengan segelas air sebelum minum).

Elakkan daripada mengambil makanan proses. belacan dari Sabah dan Sarawak mengandung­i kurang garam walaupun jenis udang digunakan adalah daripada spesies sama.

Tingkat pengambila­n sayuran, buah-buahan

Faktor geografi juga memainkan peranan terhadap mutu iaitu belacan yang diperbuat daripada udang yang diambil berhampira­n pelantar minyak, kandungan arsenik dan merkuri di dalamnya adalah di paras bahaya.

Kawasan yang banyak kapal berlabuh, dekat kelong atau jeti juga mencemarka­n hidupan di dalam laut menerusi cat kapal yang terlarut di dalam air laut.

“Sebaiknya kurangkan pengambila­n belacan, ikan bilis dan ikan kering kerana dikhuatiri memberi kesan tidak diingini.

“Pastikan anda makan sayur seperti ulam dan buahbuah yang bersifat antioksida­n untuk membuang sisa toksik daripada tubuh,” katanya.

 ??  ?? Dr Razinah Mohd Sharif, Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan UKM
Dr Razinah Mohd Sharif, Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan UKM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia