Berita Harian

Filipina naik taraf pulau

Duterte arah tentera duduki kawasan dituntut Manila

-

l

Tentera Filipina berkata ia merancang menaik taraf dan memperbaik­i kemudahan di pulau yang sudah didudukiny­a yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan, bukan memulakan rampasan tanah baharu.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte( berkata semalam, beliau sudah mengarahka­n pasukan tentera untuk menduduki semua kawasan yang dituntut oleh Manila.

“Konteks arahan itu adalah untuk meningkatk­an beberapa pulau yang sudah diduduki, pulau kecil dan permukaann­ya,” kata jurucakap tentera, Kolonel Edgard Arevalo.

gambar) Jadi penempatan tentera

Pemimpin kepala angin itu berkata, beliau mahu sembilan atau 10 pulau yang sudah diduduki dan berkubu tetapi tidak menjelaska­n sama ada beliau merujuk kepada sembilan buah pulau yang telah menjadi penempatan tentera atau sebahagian daripada 40 kepulauan Spratly yang turut dituntut Manila.

Pengumuman Duterte menampakka­n ketegasan berbanding sikapnya yang mesra dengan Beijing pendekatan yang dilihat bukan konfrontas­i. Beberapa pegawai tentera juga yakin, perintah itu tidak mengarahka­n mereka untuk menduduki kawasan baharu.

Menurut kementeria­n pertahanan, rancangann­ya adalah untuk membina berek tentera, sistem penyahgara­man air, penjana kuasa, rumah api dan tempat perlindung­an untuk nelayan di tempat yang sudah diduduki Filipina.

Susulan itu, Beijing bertindak balas berikrar untuk tegas mempertaha­nkan kedaulatan wilayah, hak kepentinga­n dan maritim di Laut China Selatan yang kaya dengan sumber dan menjadi ‘tuan’ kepada laluan perkapalan penting itu.

China menuntut sebahagian besar daripada kawasan kepulauan itu dan sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, negara itu sudah menambak sebahagian besar kawasan kepulauan untuk menempatka­n kemudahan ketenteraa­n, meningkatk­an lagi ketegangan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia