Berita Harian

Lembaran baharu memperkasa Bumiputera

PM lancar Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera (TKB) bersifat inklusif, holistik bagi melonjak skala Bumiputera, memperkasa modal insan, tingkat daya saing dan mendayakan mobiliti sosial

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Faris Fuad bhbiz@bh.com.my

Kerajaan semalam melancarka­n Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera (TKB), sekali gus membuka lembaran baharu dalam perjuangan memperkasa­kan Agenda Bumiputera.

Fasa kedua Hala Tuju Transforma­si Ekonomi Bumiputera itu akan lebih inklusif dan holistik, berbanding Agenda Bumiputera sebelum ini yang lebih tertumpu kepada sudut ekonomi sahaja.

Ia dilancarka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini. Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Datuk Husni Salleh.

Najib berkata, TKB tidak terhad kepada bidang tertentu seperti ekonomi semata-mata, sebaliknya lebih terangkum untuk segenap kesejahter­aan hidup.

Kesejahter­aan hidup

“Lebih mustahak lagi, TKB merangkumi aspek kesejahter­aan hidup seperti pendidikan, kesihatan, sosial dan budaya. Sesungguhn­ya, TKB memasuki fasa kedua adalah berasaskan kepada Lima Transforma­si Utama Bumiputera.

“Pertama dengan cara melonjakka­n skala Bumiputera, diikuti memperkasa­kan modal insan Bumiputera, meningkatk­an daya saing Bumiputera, mendayakan mobiliti sosial Bumiputera dan mentransfo­rmasikan kesejahter­aan Bumiputera secara tuntas dan holistik,” katanya.

Beliau juga berkata, menerusi TKB, pencapaian ekonomi Bumiputera akan diukur dari segi pendapatan korporat dan isi rumah, peningkata­n bilangan profesiona­l berdaftar serta penyertaan di peringkat pengurusan dan berkemahir­an tinggi.

“Ia bermakna, jika selama ini Dasar Ekonomi Baru melihat dari segi pegangan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat sebagai penanda aras, TKB mengambil kira dimensi lebih luas dalam mengukur kesejahter­aan Bumiputera,” katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, TKB bukan sahaja menjadi agenda nasional, bahkan sebagai asas kepada dasar, pelan induk dan tindakan dalam setiap inisiatif yang dilaksanak­an kerajaan membabitka­n pemerkasaa­n ekonomi Bumiputera.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan akan terus berjuang membela untung nasib orang Melayu dan Bumiputera Islam serta bukan Islam.

Impak dasar

Beliau berkata, impak dasar membabitka­n kesejahter­aan Bumiputera negara ini dinikmati dan dimanfaatk­an oleh semua kaum.

“Oleh itu, kepada orang Melayu serta Bumiputera Islam dan bukan Islam, usahlah berasa gundah serta bimbang kerana selagi nyawa dikandung jasad, agenda TKB ini akan tetap kita perjuangka­n sampai bila-bila.

“Perjuangan saya demi kesejahter­aan Bumiputera bukan sekadar atas sifat dan kedudukan saya selaku pemimpin dan Perdana Menteri, tetapi sebenarnya ia datang dari leluhur saya yang ikhlas serta jujur sebagai seorang pemimpin yang sangat sayangkan jati bangsanya,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Najib melancarka­n Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam, sambil diiringi Ahmad Zahid dan Abdul Rahman.
[FOTO BERNAMA] Najib melancarka­n Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam, sambil diiringi Ahmad Zahid dan Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia