Berita Harian

HULUBALANG, DAYANG IRING PENGANTIN

Usaha kembalikan semula warisan Melayu lama

-

Sekali pandang suasana majlis perkahwina­n Mohd Syafiq Fikri Mohd Rozai, 26, dan Nur Erna Liyana Zor, 25, tidak ubah seperti menyaksika­n adegan dalam filem Melayu lama.

Pasangan pengantin dua sejoli itu diarak bagaikan istiadat pertabalan diraja zaman dulu, lengkap dengan iringan hulubalang bersama dayang istana yang mengenakan busana tradisiona­l Melayu lama, penuh meriah berwarnawa­rni.

Kehadiran kumpulan hulubalang berkenaan ternyata mencuri tumpuan tetamu yang bertandang kerana ia membawakan keunikan tersendiri dalam acara itu, selain berbeza daripada kebanyakan majlis perkahwina­n yang pernah diadakan.

Berkongsi majlis yang berlangsun­g di Batang

Kali, Selangor, Mohd

Syafiq berkata, idea membawakan kumpulan hulubalang Melayu mengiringi perarakan pengantin adalah daripada rakan persatuan silat yang disertainy­a sejak enam tahun lalu.

Persembaha­n silat tari

Mohd Syafiq berkata, beliau adalah ahli Silat Cekak Malaysia di Pekan Ulu Yam dan berkenalan dengan isterinya yang juga menyertai persatuan berkenaan.

“Kami sememangny­a mempunyai kumpulan khas yang akan mengiringi pengantin dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersesuaia­n untuk majlis perkahwina­n.

“Selain mengiringi pengantin berarak mengikut cara hulubalang Melayu, kami terbabit dalam persembaha­n seperti silat tari, kompang, marhaban, malah berzanji dan juga acara tahlil. Pengantin

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia