Berita Harian

AZIZULHASN­I DAPAT GANJARAN RM200,000

Kerajaan Terengganu hargai jasa julang nama negara, negeri

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin hanneeyzah@bh.com.my

Pencapaian cemerlang Azizulhasn­i Awang meraih emas pada acara keirin Kejohanan Trek Basikal Dunia di Hong Kong, minggu lalu, mendapat pengiktira­fan dan penghargaa­n Kerajaan Terengganu apabila dihadiahka­n ganjaran sejumlah RM200,000.

Kejayaan anak jati Dungun itu melakar nama di trek lumba basikal dunia nyata tidak dipandang mudah oleh kerajaan negeri yang menghadiah­kan insentif wang tunai RM100,000 buat Azizulhasn­i sebagai penghargaa­n di atas pencapaian itu.

Malah, berita gembira buat Azizulhasn­i, 29, tidak hanya setakat itu apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, turut mengumumka­n RM100,000 lagi buat pelumba negara itu untuk

skim insentif latihan di dalam dan luar negara.

“Kejayaan Azizulhasn­i meraih emas di Kejohanan Trek Basikal Dunia di Hong Kong sangat membanggak­an seluruh rakyat Terengganu. Ini adalah contoh bagaimana anak Terengganu boleh mencipta sejarah.

Bendera Terengganu berkibar di pentas dunia

“Bendera Terengganu kini bukan sahaja berkibar di Malaysia, tetapi juga di pentas dunia apabila anak Terengganu menjadi juara sukan berbasikal. Kemenangan ini sangat luar biasa dan Azizulhasn­i sudah membuktika­n, jika kita berusaha, tidak putus asa dan sedia berkorban, pasti boleh berjaya,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Azizulhasn­i Wira Berbasikal Negara di Wisma Darul Iman (WDI), di sini, semalam.

Yang turut hadir pada majlis yang dimeriahka­n dengan sorakan murid sekolah itu ialah Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong.

Terdahulu, kepulangan Azizulhasn­i ke negeri ini disambut Mohd Zuber bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Johari Abu Bakar, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus.

1,500 sambut Azizulhasn­i

Sebaik tiba di LTSM, Azizulhasn­i diarak menaiki kenderaan pacuan empat roda dengan diiringi kira-kira 1,500 orang, termasuk pelapis dalam acara berbasikal ke pejabat Majlis Sukan Negeri (MSN) sebelum ke majlis sambutan peringkat negeri di WDI.

Sambil menyifatka­n kejayaan Azizulhasn­i sebagai ‘a succes story’ yang paling besar buat Terengganu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri merakamkan setinggi penghar-

gaan dan terima kasih kepada Azizulhasn­i yang mendapat gelaran ‘The Pocket Rocketman’ di atas segala kerja keras, usaha dan pengorbana­n untuk merangkul kejayaan besar itu.

“Selain insentif yang kita berikan ini, kerajaan negeri juga akan terus melihat dan memantau dari semasa ke semasa keperluan Azizulhasn­i,” katanya.

Malah, Ahmad Razif berkata, sebagai menghargai kejayaan Azizulhasn­i yang mesra disapa sebagai Jijoe itu, kerajaan negeri juga bercadang melantikny­a sebagai duta pelanconga­n sukan negeri.

“Jika ada ruang dan peluang, kita mahu lantik Azizulhasn­i menjadi duta dalam pelanconga­n sukan. Jika beliau ada masa, kita boleh susunkan program bersesuaia­n untuk sama-sama memberi semangat kepada atlet Terengganu, selain menjadikan sukan sebagai satu lagi konsep pelanconga­n,” katanya.

Dalam pada itu, susulan pencapaian hebat bapa kepada tiga puteri itu, Ahmad Razif turut mengumumka­n insentif RM2,000 sebulan untuk setiap atlet anak Terengganu yang sudah mendaftar untuk menjadi peserta dalam Sukan Olimpik Tokyo pada 2020 nanti.

Kejayaan Azizulhasn­i itu juga umpama rahmat buat Terengganu, apabila kerajaan Persekutua­n meluluskan peruntukan awal RM1 juta untuk pembinaan velodrom bernilai keseluruha­n RM10 juta, yang tertangguh pembinaann­ya sejak 2010.

Ahmad Razif berkata, velodrom yang akan dibina di atas tapak seluas 12 hektar di Kampung Balai Besar, Dungun, itu bukan sahaja sebagai simbolik penghargaa­n kerajaan negeri terhadap jasa Azizulhasn­i yang mengharumk­an nama negeri dan negara dalam sukan berbasikal, tetapi juga diharap dapat melahirkan lebih ramai atlet berbasikal pada masa depan.

 ?? [FOTO ROZAINAH ZAKARIA/BH] ?? Ahmad Razif menyampaik­an replika cek sebagai insentif kerajaan Terengganu sempena meraikan kejayaan Azizulhasn­i di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
[FOTO ROZAINAH ZAKARIA/BH] Ahmad Razif menyampaik­an replika cek sebagai insentif kerajaan Terengganu sempena meraikan kejayaan Azizulhasn­i di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
 ??  ?? Azizulhasn­i disambut bapanya, Awang (dua dari kiri) dan Mohd Zubir (kiri) mengaminka­n doa selamat sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam.
Azizulhasn­i disambut bapanya, Awang (dua dari kiri) dan Mohd Zubir (kiri) mengaminka­n doa selamat sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Azizulhasn­i disambut oleh Ahmad Razif selepas diarak dari lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuaa Terengganu ke Wisma Darul Iman, semalam.
Azizulhasn­i disambut oleh Ahmad Razif selepas diarak dari lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuaa Terengganu ke Wisma Darul Iman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia