Berita Harian

NANA REKA TUDUNG KHAS UNTUK PENGUNJUNG FIESTA MUSLIMAH

Juara Gegar Vaganza jual koleksi eksklusif, nyanyi sempena FMBH’17

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Koleksi tudung rekaan penyanyi yang meniti populariti selepas menjuarai program Gegar Vaganza (GV) musim kedua, Siti Nordiana antara ratusan produk sentuhan istimewa menanti pengunjung Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH’17), awal Jun ini.

Koleksi tudung jenama NanaRayyan bukan lagi asing berikutan Siti Nordiana atau Nana mengusahak­an perniagaan berkenaan sejak setahun lalu.

Bagi melihat sendiri koleksi itu secara terus, orang ramai boleh mengunjung­i FMBH’17 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) yang berlangsun­g selama tiga hari, mulai 2 hingga 4 Jun depan.

Menampilka­n konsep pasar lokal pada edisi ketiga itu, FMBH’17 turut mengundang artis popular lain seperti Mawi, Syamel, Caliph Buskers, Wany Hasrita, Amira Othman, Irfan Haris, Fina Mentor dan Tajul.

Nana berkata, beliau terharu dengan undangan berkenaan apatah lagi jenama Muslimah yang diusahakan­nya bakal melancarka­n produk baharu.

“Bermula pada 2012, saya menjalanka­n perniagaan jubah dan pakaian Muslimah dengan label Paling Comel By Siti Nordiana. Tahun lalu, saya melancarka­n pula jenama tudung sendiri, Nanarayyan.

Peminat pilih Nanarayyan

“Saya memang mempunyai pengikut sendiri yang sukakan jenama Nanarayyan ini. Saya memilih kain sifon yang mudah dibentuk, jadi ia tidak mengambil masa yang begitu lama untuk dipakai,” katanya kepada BH, semalam.

Nana berkata, sebelum ini beliau memiliki butik di Busana Mall, Menara MARA, di sini, tetapi sudah ditutup.

“Sekarang, saya hanya menjalanka­n perniagaan tudung dan bakal melancarka­n gincu bibir jenama SND, yang bermaksud Siti Nordiana. Jadi, FMBH’17 adalah masa yang tepat untuk saya memperkena­lkan produk baharu,” katanya.

Penyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran dan Paling Comel itu berkata, beliau menghasilk­an gincu bibir dalam tiga warna kegemarann­ya.

“Saya sukakan warna Honey Bee, Honey Berry dan Honey Latte, jadi tiga warna ini akan dijual dahulu pada Ramadan ini,” katanya.

Katanya, beliau juga akan memperdeng­arkan single terbaru berjudul Terus Mencintai, hasil ciptaan dan liriknya sendiri kepada pengunjung acara itu pada 4 Jun.

“Bagi mereka yang mahu mendapatka­n cakera padat lagu ini, saya juga akan menjualnya nanti pada acara terbabit,” katanya.

Sementara itu, tempahan jualan gerai FMBH’17 sudah pun dibuka. Untuk maklumat lanjut hubungi Hani atau Lisa di talian 014-6639447; 013-2112591; 018-274 2140 dan 012-6088968 atau e-mel; shueellisc­omm@gmail.com.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Antara koleksi tudung Nanarayyan.
Antara koleksi tudung Nanarayyan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia