Berita Harian

Malaysia bukan negara gagal

PM jawab pelbagai tohmahan, laporan media isu program pembanguna­n kerajaan

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Datuk Seri Najib Razak menolak tohmahan pelbagai pihak dan laporan tidak tepat media mengenai program pembanguna­n oleh kerajaan dan langkah proaktif memajukan negara serta rakyat.

Antara isu yang diperjelas­kan Perdana Menteri adalah usaha kerajaan menarik pelabur, dakwaan Malaysia menggadai kedaulatan negara untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI), menyekat kebebasan bersuara dan masalah laporan palsu yang disebarkan menerusi media sosial.

Penjelasan itu disampaika­n dalam ucapannya pada malam Anugerah Media Asia Ke-16 bertema Memperkuku­h Percetakan Dalam Era Digital anjuran Persatuan Akhbar dan Penerbit Baharu Sedunia (WAN-IFRA) di sini malam tadi.

Berhubung tohmahan membawa masuk FDI ke negara ini, beliau berkata keyakinan pelabur asing, khususnya dari China, Arab Saudi dan India ini membuktika­n Malaysia bukan sebuah negara gagal.

“Ia menjadi tanda kukuh negara luar mengiktira­f pencapaian serta segala usaha dilakukan Malaysia memajukan negara ini dengan membawa masuk FDI.

Peluang pekerjaan baharu

“Kemasukan FDI membawa beriburibu peluang pekerjaan baharu, pemindahan kemahiran dan akan membantu melonjakka­n ekonomi Malaysia menjadi negara inovasi dan perusahaan utama di rantau ini pada abad ke-21 dan akan datang.

“Beberapa pengkritik dengan sedikit pengetahua­n ekonomi mendakwa FDI akan menyebabka­n kami menjual kedaulatan negara. Tetapi Malaysia menggalakk­an kemasukan FDI sejak mencapai kemerdekaa­n. Adakah kami mengorbank­an kedaulatan negara? Sudah tentu tidak,” katanya.

Najib berkata, kemasukan FDI membuktika­n kepada masyarakat dunia bahawa Malaysia adalah tempat yang baik untuk menjalanka­n perniagaan, meneroka perniagaan baharu dan mengembang­kan perniagaan.

“Malah, Perunding BAV dan Wharton School di Universiti Pennsylvan­ia, baru-baru ini menerbitka­n laporan memilih Malaysia sebagai negara terbaik untuk melabur. Mereka berkata kami peneraju yang jelas.

“Saya bertanya kepada anda, adakah ini menjadi petanda Malaysia sebuah negara yang gagal kepada anda?” soalnya.

Kerajaan lebih terbuka

Najib juga menegaskan Malaysia mengamalka­n kebebasan bersuara dan kerajaan bersikap lebih terbuka kepada rakyat menyuaraka­n pendapat mereka sama ada menyokong atau membantah pihak lain, berbanding negara lain.

Namun, beliau lebih bimbang kepada media sosial yang menyebarka­n pelbagai berita palsu dan khabar angin, terutama dilakukan pemimpin pembangkan­g sehingga membuatkan rakyat percaya kepada laporan palsu.

Justeru, Perdana Menteri mengingatk­an penerbit, penyunting, wartawan dan pereka bertanggun­gjawab untuk mengekalka­n kepercayaa­n pembaca terhadap tajuk berita yang dipaparkan.

“Kerajaan Malaysia akan berada bersama anda. Apa yang kami minta sebagai balasan adalah peluang untuk mengingatk­an anda supaya mengutamak­an laporan dan sumbernya, bukan bergantung kepada khabar angin, petikan dari sumber tidak sah atau propaganda, tetapi daripada sumber yang sah,” katanya.

Kerajaan Malaysia akan berada bersama anda. Apa yang kami minta sebagai balasan adalah peluang untuk mengingatk­an anda supaya mengutamak­an laporan dan sumbernya, bukan bergantung kepada khabar angin” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Najib diiringi Abdul Jalil (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai (kanan) ketika hadir pada Majlis Anugerah Media Asia Ke 16 di Kuala Lumpur, malam tadi.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Najib diiringi Abdul Jalil (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai (kanan) ketika hadir pada Majlis Anugerah Media Asia Ke 16 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia