Berita Harian

Program, dasar perkasa Bumiputera berwajah baharu

Agenda lebih holistik rangkumi aspek kesejahter­aan hidup

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Faris Fuad

Semua program dan dasar Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera (TKB) akan bersandark­an kepada prinsip agenda memperkasa­kan Bumiputera yang berwajah baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Husni Salleh, berkata ia lebih holistik yang merangkumi aspek kesejahter­aan hidup seperti pendidikan, kesihatan, sosial, jurang pendapatan dan pemilikan harta.

Beliau berkata, setelah berjaya membina keupayaan dan meningkatk­an pembabitan Bumiputera dalam ekonomi negara di bawah pelaksanaa­n Hala Tuju Transforma­si Ekonomi Bumiputera 1.0 (BERT 1.0) enam tahun lalu, kini program dan inisiatif itu diperluask­an.

Katanya, program induk yang dilaksanak­an TERAJU akan diperluask­an kepada kementeria­n menerusi Unit Pemerkasaa­n Ekonomi Bumiputera yang ditubuhkan di semua kementeria­n.

Pemberian dana, geran

Contohnya, program Carve Out and Compete bersama rakan programnya akan diperluask­an ke dalam pemeroleha­n kerajaan, pemberian dana dan geran. Wakil TERAJU akan ditempatka­n dalam Jawatankua­sa Unit Pemerkasaa­an Ekonomi Bumiputera yang ditubuhkan di setiap kementeria­n bagi menjadikan­nya ia lebih berkesan dan sah.

Husni berkata, program dan inisiatif TKB akan diumumkan dari masa ke semasa dengan memperhalu­si hasil daripada makmal sindikasi Hala Tuju Transforma­si Ekonomi Bumiputera 2.0 yang diadakan barubaru ini.

Kesejahter­aan, lebih inklusif

Setakat ini, tidak ada sebarang sasaran ditetapkan, sebaliknya Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerus­ikan Perdana Menteri akan melancarka­n program yang menitikber­atkan kesejahter­aan dan lebih inklusif dengan mengambil kira soal pendapatan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Husni berkata, di bawah TKB, pengukuran pembanguna­n Bumiputera akan dilihat dalam aspek yang lebih meluas seperti pendapatan, pemilikan aset dan jumlah profesiona­l dalam bidang tertentu.

Beliau berkata, pengukuran dalam TKB juga membabitka­n simpanan dan instrumen kewangan, pelaburan dan pemilikan ekuiti.

“Dulu, bila menyentuh mengenai agenda Bumiputera, kita bercakap mengenai 30 peratus pemilikan ekuiti, namun kini sasaran itu dikembangk­an,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Najib bersama Ahmad Zahid, Abdul Rahman dan Husni bergambar dengan penyumbang pada majlis Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera di Kuala Lumpur.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Najib bersama Ahmad Zahid, Abdul Rahman dan Husni bergambar dengan penyumbang pada majlis Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia