Berita Harian

RM108 bilion berjaya dijana sehingga bulan lalu

-

Kuala Lumpur: Sejumlah RM108 bilion berjaya dijana sehingga Mac tahun ini menerusi semua inisiatif di bawah Hala Tuju Transforma­si Ekonomi Bumiputera dan sidang Pemerkasaa­n Ekonomi Bumiputera.

Hala Tuju Transforma­si Ekonomi Bumiputera dilancar pada 2011 dan sidang Pemerkasaa­n Ekonomi Bumiputera pada 2013.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata daripada jumlah itu, RM80 bilion adalah daripada peluang perniagaan Bumiputera, khususnya RM54 bilion melalui dasar Carve Out and Compete.

Contoh terbaik Carve Out and Compete adalah kejayaan fasa pertama projek Infrarakya­t mega, yakni MRT Jajaran Sungai Buloh-kajang sepanjang 51 kilometer.

Bagi projek MRT Fasa 1 saja, daripada nilai pakej pembanguna­n projek RM21.2 bilion, sebanyak 51 peratus diberikan kepada kontraktor Bumiputera.

Merit dan kebolehan

Najib berkata, apa yang penting, dalam penganuger­ahan kontrak atau tender, jika memilih Bumiputera yang betul dalam erti kata bukan sekadar atas dasar kawan mahupun kroni, tetapi kalau kenalan sekalipun, mestilah Bumiputera yang berdasarka­n merit dan kebolehan.

Langkah itu, jelasnya, akan memastikan kontraktor berjaya menyiapkan projek mengikut jadual dan menepati bajet kos pembinaan yang ditetapkan.

“Kerajaan juga komited untuk menyediaka­n 50 peratus tempat perniagaan baharu lain yang strategik seperti di stesen MRT, sebagai memberi ruang dan membuka peluang kepada usahawan Bumiputera,” katanya.

Najib berkata, ada banyak lagi inisiatif yang diperkenal di bawah Hala Tuju Transforma­si Ekonomi Bumiputera dan Pemerkasaa­n Ekonomi Bumiputera, antaranya program syarikat Bumiputera berprestas­i tinggi (TERAS), Dana Mudah Cara dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Program TERAS

Beliau berkata, menerusi program TERAS, sebanyak 1,014 syarikat diberikan sokongan dalam bentuk pembinaan kapasiti dan pembiayaan.

“Sehingga Mac 2017, sebanyak 306 syarikat TERAS telah menerima kelulusan pembiayaan bagi pembelian aset dan modal kerja bernilai RM1.3 bilion,” katanya.

Menerusi Dana Mudahcara, iaitu insentif menggalakk­an pelaburan swasta Bumiputera, sebanyak 469 projek mendapat pembiayaan.

Hasilnya, syarikat Bumiputera itu sudah membuat pelaburan domestik bernilai RM13.18 bilion iaitu 8.4 kali ganda dari nilai geran yang diberikan oleh kerajaan, sekali gus mewujudkan lebih 43 ribu peluang pekerjaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia