Berita Harian

PM saksi MOU Pertanding­an Seni Negaraku

-

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak semalam menyaksika­n majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) program ‘Pertanding­an Seni Negaraku’ antara Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan serta Kementeria­n Pendidikan.

Ia adalah antara program di bawah inisiatif ‘Negaraku’ yang dilancarka­n Perdana Menteri pada 18 Mac lalu, bertunjang­kan semangat cintakan Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan nanti, dengan ‘Ekspresi Negaraku’ sebagai platform pertama memacu inisiatif terbabit.

MOU itu ditandatan­gani Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­n Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad; KSU Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Ab Ghaffar A Tambi; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Lembaga Pembanguna­n Seni Visual Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa.

5 juta pelajar terbabit

Majlis di Bangunan Perdana Putra itu disaksikan Najib bersama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Pertanding­an Seni Kebangsaan itu membabitka­n lebih lima juta pelajar dari 10,176 sekolah di seluruh negara dan karya pelajar terpilih akan dipamerkan di Balai Seni Negara.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Najib menyaksika­n MOU di antara Kementeria­n Pendidikan diwakili Khair (duduk dua dari kanan) dan Lembaga Pembanguna­n Seni Visual Negara diwakili Mohamed Najib (duduk dua dari kiri) sempena program ‘Pertanding­an Seni Negaraku’ di Bangunan Perdana Putra,...
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Najib menyaksika­n MOU di antara Kementeria­n Pendidikan diwakili Khair (duduk dua dari kanan) dan Lembaga Pembanguna­n Seni Visual Negara diwakili Mohamed Najib (duduk dua dari kiri) sempena program ‘Pertanding­an Seni Negaraku’ di Bangunan Perdana Putra,...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia