Berita Harian

Hishammudd­in tak ambil alih tugas PM, TPM

Melengkapi usaha kerajaan tangani pelbagai isu

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaska­n, tugas baharu Datuk Seri Hishammudd­in Hussein bukan mengambil alih tugas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tetapi melengkapi usaha serius kerajaan menangani pelbagai isu dalaman serta antarabang­sa.

Timbalan Perdana Menteri juga mengesahka­n, jawatan Menteri Dengan Tugas-tugas Khas yang mula digalas Hishammudd­in sejak 12 April lalu itu dicadangka­n beliau sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu mesyuarat kira-kira tiga bulan lalu, tanpa kehadiran Hishammudd­in.

“Ia adalah satu pancaran ikhlas daripada saya secara peribadi dan rasmi kepada Datuk Seri Hishammudd­in kerana kami bertiga (termasuk Perdana Menteri) pernah menjadi Menteri Pertahanan dan tahu banyak bidang tugas yang boleh dilaksanak­an.

“Kalau ada (memerlukan) penyelesai­an terhadap beberapa isu berbangkit sama ada dalaman atau luar negara dan mungkin disebabkan kesibukan, Perdana Menteri dan saya akan meminta beliau, bukan mewakili kami secara peribadi tetapi mewakili kerajaan Malaysia.

“Ini bukan hanya untuk memperkuku­h jalinan dua hala dengan tokoh tertentu tetapi boleh melaksanak­an tugas yang selama ini terbeban kepada Perdana Menteri dan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan, di pejabatnya di Perdana Putra, di sini semalam.

Bincang tugasan

Ahmad Zahid berkata, pada pertemuan itu mereka membincang­kan beberapa tugasan untuk Hishammudd­in, antaranya bagi memperkuku­h institusi kepemimpin­an kerajaan dan parti, manakala tugasan lain akan dibincangk­an dari semasa ke semasa membabitka­n soal kerajaan dan parti selain luar negara.

“Saya berikan segala sokongan kepada beliau untuk melunaskan tanggungja­wab baharu dan akan memberi beberapa pandangan. Saya yakin pengalaman beliau dalam kerajaan dan parti dapat membantu Perdana Menteri serta saya memperkuku­h institusi kepemimpin­an.

“Saya minta tidak ada sebarang spekulasi, jauh sekali analisis pelbagai bentuk yang negatif terhadap tugasan baharu yang diberikan kepada beliau,” katanya.

Sementara itu, Hishamuddi­n berkata hubungan erat dengan Ahmad Zahid sudah lama terbina dan mengakui selesa untuk bekerja bersama di bawah portfolio baharunya.

“Justeru, penting untuk kita menunjukka­n hubungan erat ini dapat diperkukuh dengan tugas tambahan yang diamanahka­n kepada saya untuk membantu parti serta agenda kerajaan, kita akan buktikan ini bukan retorik atau mainan,” katanya.

 ??  ?? Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Hishammudd­in di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Hishammudd­in di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia