Berita Harian

Status tanah sekat kemajuan Kampung Baru

-

SSedar tidak sedar, usia Kampung Baru (atau Kampong Bharu) sudah menjangkau 117 tahun. Kampung Baru atau Penempatan Pertanian Melayu (MAS) diperkenal­kan penjajah British mengikut Seksyen 246 (iv) Kanun Tanah (FMS Cap 138), diwartakan menerusi Notis No 20 dan dipinda mengikut Notis No 530 yang diterbitka­n Warta Kerajaan Selangor pada 12 Januari, 1900 dan 20 Januari, 1901.

Peraturan ini dikenali juga sebagai Peraturan Penempatan Pertanian Melayu (Kuala Lumpur) 1950 dipinda 1954. Penjajah British menjadikan Kampung Baru tempat melatih anak Melayu untuk ambil alih pentadbira­n tanah sepeningga­lan mereka. Kampung Baru juga dikatakan kawasan penempatan yang dijadikan latihan sebelum Tanah Rizab Melayu diperkenal­kan melalui Enakmen Rizab Melayu pada 1913.

Ada pendapat mengatakan Kampung Baru diperkenal­kan untuk memastikan hasil pertanian dapat dibekalkan kepada penduduk di Kuala Lumpur (KL) ketika itu. Selepas dibuka, ramai berhijrah dari segenap pelosok Tanah Melayu untuk memulakan kehidupan baharu di KL.

Apabila masa berlalu, KL semakin pesat membangun. Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur diisytihar­kan pada 1974, Kampung Baru menjadi semakin terhimpit dek pembanguna­n di sekeliling­nya. Bangunan pencakar langit tumbuh bak cendawan selepas hujan. Harga tanah dan rumah meningkat saban tahun.

Disebabkan sekatan kepentinga­n tanah MAS tidak boleh dijual kepada bukan Melayu, timbul masalah memindah milik kepada pemaju (bukan Melayu yang mempunyai modal kewangan) untuk memajukann­ya. Halangan ini dinamakan halangan perundanga­n. Disebabkan permintaan hanya untuk orang Melayu, pasaran jadi semakin kecil dan sempit.

Akibatnya, harga tanah jadi lebih rendah di pasaran. Namun demikian, permintaan semasa yang tinggi terhadap tanah menjadikan perkara ini perlu dikaji semula kerana terdapat Tanah Rizab Melayu di sekitar Kuala Lumpur yang setara nilainya dengan tanah yang tiada sekatan kepentinga­n di pasaran.

Pemilikan bertindih

Selain itu, kebanyakan tanah dimiliki lebih seorang pemilik yang disebut sebagai pemilikan bertindih. Pelbagai pandangan timbul. Sekeping lot tanah seluas 7,000 kaki persegi mempunyai kira-kira 200 pemilik. Ada pemilik meninggal dunia tetapi penukaran nama belum dilakukan. Selagi penyelesai­an faraid belum dapat dilaksanak­an, selagi itulah penukaran nama tidak dapat dilakukan. Justeru, harta warisan tidak dapat diwarisi.

Agensi berkaitan seperti Amanah Raya perlu mencari jalan penyelesai­an. Namun, kesukaran mencari waris dan had nilaian harta di bawah peruntukan Akta Penyelesai­an Pesaka Kecil setakat RM2 juta (kebanyakan nilaian tanah melebihi RM2 juta) menjadi isu yang perlu diselesaik­an.

Namun, khidmat nasihat konsultan tanah boleh membantu menyelesai­kan perkara ini. Di samping halangan yang ada, tekanan pasaran menjadikan harga dan nilai tanah di Kampung Baru naik melambung sehingga RM800 hingga RM1,000 sekaki persegi mengikut lokasi.

Pemaju menghadapi masalah membeli dengan harga tinggi disebabkan kadar untung rendah boleh merugikan mereka. Begitu juga apabila pihak kerajaan terpaksa batalkan cadangan pembanguna­n semula awal 1990-an akibat pampasan diminta terlalu tinggi. Dalam bidang ekonomi tanah, keadaan sebegini disebut halangan pasaran atau nilai atau harga tanah.

Ekoran itu, Akta Pengambila­n Tanah 1960 (Akta 486) telah dipinda. Pada 2007, pindaan Seksyen 3(1)(b) memasukkan tujuan pengambila­n untuk pembanguna­n ekonomi selain tujuan awam. Begitu juga dengan Jadual Pertama mengikut Seksyen 2A yang memperuntu­kkan pampasan tanpa mengambil kira sekatan kepentinga­n Tanah Rizab Melayu (atau seumpamany­a) jika pengambila­n membolehka­n semua kaum menggunaka­n produk pembanguna­n berkenaan.

Sekiranya bukan untuk kegunaan semua, pampasan dikira ikut sekatan kepentinga­n tanah berkenaan. Peruntukan yang dipinda tidak pernah dilaksanak­an, menurut penilai harta tanah. Tiada kes mahkamah yang diadili. Seterusnya, Kampung Baru dibiarkan kepada keadaan pasaran yakni permintaan dan penawaran untuk mendepani perubahan. Perubahan agak perlahan.

Namun, pihak kerajaan tetap tidak berputus asa. Lantaran, Perbadanan Pembanguna­n Kampung Baru (PKB) ditubuhkan pada awal 2012 mengikut Akta Perbadanan Pembanguna­n Kampung Baru 2011 (Akta 733) untuk mentransfo­rmasi pembanguna­n Kampung Baru. Pelbagai cadangan dan perancanga­n dikemukaka­n. Sesungguhn­ya, semua pihak begitu prihatin untuk ubah landskap Kampung Baru yang menjadi cerminan kehidupan orang Melayu bandar.

Pelan Ibukota

Justeru, sebuah Pelan Ibukota berpaksika­n transforma­si telah dikemukaka­n. Melalui pelan yang dicadangka­n, Kuala Lumpur dijangka muncul sebagai sebuah bandar raya bertaraf dunia. Apakah Kampung Baru akan berubah wajah? Adakah perancanga­n fizikal mencukupi untuk mentransfo­rmasi Kampung Baru? Barangkali, perancanga­n bukan fizikal dan kerohanian yang dicari-cari penduduk di sana?

Saya berkesempa­tan mengikuti program pemulihan mangsa gempa di Yogyakarta pada 2006. Program pembinaan semula Yogyakarta kesan gempa ditaja Kerajaan Jepun dan bantuan kewangan datang mencurah-curah dari seluruh dunia, termasuk dari Switzerlan­d, Jerman, Jepun, China dan Perancis. Ketika pemulihan dan pembinaan semula hendak dijalankan, pemilik setiap bangunan musnah atau rosak perlu dikenal pasti supaya bantuan disalurkan kepada pemiliknya.

Masalah timbul apabila pemilik yang sah tidak dapat dikesan kerana tiada penukaran nama dibuat, terutama di kawasan Keraton, Yogyakarta. Akhirnya, masa yang lama diperlukan untuk kenal pasti pemilik sebenar dan waris berkenaan. Situasi sama berlaku ketika pemulihan dan pembinaan semula kesan tsunami hendak dilaksanak­an di Aceh pada 2004.

Oleh yang demikian, bantuan kerohanian daripada pakar kejiwaan digunakan untuk membantu menyelesai­kan masalah pemilikan dan faraid yang berkaitan. Mungkin pakar kerohanian dan konsultan tanah boleh membantu mempercepa­tkan proses membangunk­an semula Kampung Baru.

Kampung Baru atau Penempatan Pertanian Melayu (MAS) diperkenal­kan penjajah British” Pemaju menghadapi masalah membeli dengan harga tinggi disebabkan kadar untung rendah boleh merugikan mereka” Mungkin pakar kerohanian dan konsultan tanah boleh bangunkan semula Kampung Baru”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia